Ahad, 30 Ogos 2009

PAS Kota Belud Lancar Tabung Jihad PRU-13

Kota Belud, 20 Ogos - PAS Kawasan Kota Belud melancarkan tabung jihad PRU-13 sempena majlis berbuka puasa bersama rombongan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang diadakan di PASTI Al Firdaus, Kota Belud baru-baru ini.


Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling semasa pelancaran tabung jihad PRU-13 tersebut menyarankan kepada semua AJK PAS Kawasan agar bersedia dari sekarang dengan segala persiapan samada fizikal mahupun mental.



Beliau menegaskan bahawa, perjuangan PAS yang masih panjang ini menuntut pengorbanan yang besar daripada pendakwah terutamanya dari sudut persediaan iman dan ilmu. Dari sudut persediaan material pula kata beliau, para pendakwah mesti menginfakkan sebahagian harta kepunyaan mereka kepada perjuangan PAS jika kita ingin meraih kemenangan daripada Allah s.w.t, seperti mana pengorbanan pejuang-pejuang Islam terdahulu.


Tambah beliau, persediaan iman dan ilmu merupakan sumber kekuatan yang sangat di tekankan oleh Rasulullah s.a.w kerana ia menjadi faktor utama datangnya pertolongan Allah s.w.t.


Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Sdr. Lahirul Latigu turut menyampaikan kata-kata aluan dan penerangan secara umum halatuju Dewan Pemuda Negeri Sabah bagi sesi 2009/2011 pada majlis tersebut. Beliau juga menjelaskan beberapa perkara penting yang perlu ditingkatkan dalam gerakkerja kepemudaan dalam era kemajuan teknologi maklumat masa kini.


Beliau berkata, perubahan isu-isu semasa yang begitu pantas dewasa kini seiring dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat mesti di kuasai dengan baik untuk memastikan pemuda PAS sentiasa responsif terhadap isu-isu tempatan seperti rasuah, penindasan, penyelewengan dan sebagainya. Ketika ini kata beliau, DPPNS sedang meningkatkan tahap keberkesanan komunikasi sesama ahli dengan penggunaan beberapa alat komunikasi bersasaskan internet.


Ketika majlis berbuka itu juga, beberapa orang exco DPPNS turut menyampaikan taklimat mengenai bidang tugas masing-masing. Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 20 orang AJK PAS Kawasan termasuk Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kota Belud itu bermula pada 6.30 petang dan berakhir pada jam lebih kurang 10.30 malam.




Sebarang pertanyaan sila hubungi : 0148515289







Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top