Jumaat, 26 Jun 2009

Masa Untuk Bekerja!

Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah mengingatkan semua ahli pemuda di negeri ini agar bersiap-siaga untuk menumpukan usaha sepenuh tenaga bagi mengembangkan sayap PAS di seluruh negeri. Ini adalah sebagai persedian bagi menyambut usaha bersungguh-sungguh pimpinan pemuda peringkat pusat yang ingin membawa gelombang perubahan rakyat pasca Pilihanraya Umum 12 lalu ke Negeri Sabah.

Menurut beliau lagi sebagai anak jati negeri ini kita mesti mengambil kesempatan dan peluang keemasan ini bagi menyedarkan segenap lapisan masyarakat bahawa kini sudah tiba saatnya untuk kita semua bangkit dari belenggu rantai kezaliman umno/bn yang telah menyebabkan negeri ini terus tersenarai sebagai antara negeri yang termiskin di Malaysia sedangkan hakikatnya kita kaya dengan hasil bumi kurnian Ilahi.

Kita juga menaruh harapan yang tinggi bahawa suara dari Sabah akan lebih didengari oleh pimpinan pemuda di peringkat pusat setelah kita menerima pengesahan bahawa akan ada wakil dari Pemuda PAS Sabah yang akan dilantik untuk menganggotai AJK Pemuda PAS Pusat.

Justeru, Sdr. Salaman juga menyeru agar semua jentera pemuda mulai fokus untuk mengumpul segala masalah dan penderitaan rakyat Sabah bagi disalurkan kepada pimpinan pusat dan juga untuk menerangkan kepada rakyat matlamat dan halatuju perjuangan PAS! Semoga mesej PAS Untuk SEMUA akan subur di bumi tercinta ini!

Selasa, 16 Jun 2009

Senarai barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat 2009-2011

dipetik daripada Harakahdaily.net



Intan Abdullah

Tue | Jun 16, 09 | 12:55:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.


Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Rabu, 10 Jun 2009

Majlis Pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sabah




Semangat muafakat, Lahirul(kiri), Razak, Syamsul Iskandar dan Teddy(kanan)

Kota Kinabalu, 6 Sept - 3 kompenen parti Pakatan Rakyat Sabah akhirnya berjaya melancarkan penubuhan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat secara rasmi pada jam lebih kurang 5.30 petang bertempat di Lembah Impian Resort. Turut menyaksikan majlis pelancaran penubuhan tersebut iaitu Ustaz Anuar Ali selaku Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Dato' Kong Hong Ming selaku Timbalan Pimpinan Negeri PKR, Rony Klasen selaku Ketua Biro Komunikasi PKR dan lebih kurang 40 orang penyokong dari parti masing-masing.
Agenda besar penubuhan Sekretariat Pemuda Pakatan ini antaranya untuk mengukuhkan lagi barisan Pakatan menghadapi wajah baru politik tanah air yang lebih mencabar. Tumpuan akan diberikan kepada penyelarasan program dan pengukuhan sistem yang sedia ada untuk mendepani cabaran terdekat ini iaitu Pilihanraya Umum yang akan datang.


Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat di Pengerusikan oleh Sdr Abdul Razak Jamil dan dibantu oleh 3 orang Naib Pengerusi iaitu daripada PAS oleh Sdr Lahirul Latigu, DAPSY oleh Yang Chan Tsze dan Sdr Jeffry Jamion dari AMK. Saudara Khairul Yusri daripada PAS dilantik sebagai Setiausaha dan Sdr Zainudin Hassan sebagai Ketua Penerangan. Tujuh orang AJK telah dilantik yang dipilih daripada ahli parti kompenen.



Semasa ucapan pada majlis tersebut, Sdr Razak Jamil mengingatkan semula kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang hadir agar menilai semula prestasi pembangkang pada PRU ke 12 yang lalu. Faktor utama kekalahan pembangkang ditangan Barisan Nasional kerana tidak adanya permuafakatan dikalangan parti pembangkang sendiri dalam menentukan siapa calon yang sepatutnya bertanding.



Beliau berkata, kita mesti belajar daripada pengalaman lepas dimana calon-calon parti pembangkang bertembung sesama sendiri untuk merebut kerusi DUN dan Parlimen yang akhirnya merugikan diri sendiri. Sebaliknya kata beliau, jika undi calon-calon pembangkang yang bertembung tersebut dapat disatukan, sudah tentu Barisan Nasional dapat ditewaskan dan beberapa kerusi DUN dan Parlimen dapat dimenangi.



Turut berucap iaitu Sdr Syamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau mengulangi beberapa perkara yang beliau sebutkan sebelum ini iaitu mengutamakan muafakat diantara sesama parti kompenen. Katanya, diperingkat pemuda pusat mereka tidak lama lagi akan melancarkan muafakat pemuda pakatan untuk menghadapi senario politik negara yang semakin mencabar ini. Selain itu, beliau mengingatkan sekretariat pemuda pakatan agar segera mengambil langkah bijak untuk menarik sokongan pengundi muda menyebelahi pakatan seterusnya menutup sesi ucapan daripada Dewan Pemuda PAS, Angkatan Muda keadilan dan DAPSY.



Pada sesi sebelumnya iaitu pada sebelah pagi, sekretariat Pemuda Pakatan turun ke Tamu Gaya Kota Kinabalu untuk mengedar risalah berkenaan H1N1 dan isu-isu semasa politik tanah air. Selain mengedar risalah, pemuda pakatan juga turut beramah mesra dengan para penjual dan pembeli yang datang berkunjung. Edar risalah tersebut berakhir pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari.

Isnin, 1 Jun 2009

SPM 10 Subjek: Memutar Masa ke Belakang

Sumber: http://islamreturn.blospot.com

Salam Perjuangan..

Keadaan sekarang memerlukan Sistem Pendidikan Negara dikendalikan oleh golongan cendiakawan & intelektual. Ini kerana, para cendiakawan dan intelektual bertindak di atas kewarasan dan kajian Ilmiah. Namun, apa yang berlaku sekarang, sistem pendidikan negara telah dikendalikan sepenuhnya oleh tangan-tangan politik. Maka tidak hairanlah berlakunya perkara-perkara diluar kotak fikiran (tindakan bodoh) yang menyebabkan kicar-kacirnya perlaksanaan sistem pendidikan negara. Beberapa tindakan bodoh kerajaan seperti PPSMI dan yang terbaru menghadkan pengambilan subjek SPM kepada 10 matapelajaran sahaja hanya akan merugikan kebangkitan intelektual dikalangan pelajar yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

Menghadkan 10 subjek bukanlah penyelesaian kepada masalah pembiayaan biasiswa. Mungkin banyak lagi cara lain yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, badan-badan pembiayaan biasiswa hanya dibenarkan membiayai biasiswa dengan merujuk kepada 10 subjek teras sahaja bagi setiap aliran. Manakala subjek selebihnya dijadikan sebagai kaedah persaingan sihat dikalangan pelajar.

Alangkah malangnya pelajar di Malaysia, dalam keadaan masyarakat dunia yang sedang berkembang di era globalisasi ini, sebaliknya pelajar Malaysia telah di sekat dari menguasai kepelbagaian cabang ilmu, ini sangat merugikan negara dan umat. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mengambil aliran agama, sudah pasti tidak akan dapat mengambil subjek pure science kerana terikat dengan peraturan bodoh ini (terhad kepada 10 subjek sahaja). Maka akan berlakulah pemisahan ilmu, yang mana pada 50 tahun dari sekarang, kita akan menyaksikan lahirnya golongan-golongan intelektual yang buta tentang kensep 'Kesepaduan Ilmu'.

Persoalannya sekarang, kemana para cendiakawan-cendiakawan negara di dalam menganalisa isu ini? Kenapa tiada seorang pun yang tampil memberi pandangan terhadap tindakan bodoh kerajaan ini?

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepanggar
 
back to top