Khamis, 26 Februari 2009

Sumbangan anda diperlukan

Sehubungan dengan Jambori Amal Negeri Sabah kali ke3 yang akan diadakan pada 20-22 Mac dan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah pada 1-3 Mei nanti. Pihak DPPN Sabah mengalu-alukan sumbangan dana kewangan dan juga beras untuk menjayakan kedua-dua program tersebut.


Jambori beserta khidmat masyarakat akan di adakan di sebuah kampung pendalaman di Sook, Daerah Pensiangan.


Juga kepada sesiapa yang ingin melaksanakan Aqiqah (RM350.00/bahagian), pihak DPPN Sabah amat mengalu-alukan. Lembu tersebut akan disembelih di kedua-dua program di atas.


Sumbangan boleh dimasukan ke akaun : 162263156276 (maybank) atas nama Muhammad Ruslan Azahari atau boleh terus menghubungi saudara Yusri: 013-8502097 atau saudara Saifuddin: 013-5305244.


Unit Penerangan

Pemuda PAS Pantai Barat


Rabu, 18 Februari 2009

Gambar Sekitar Gotong Royong Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu

Program gotong royong yang disertai oleh komponen Pakatan Rakyat telah diadakan di Sekitar Taman Rekreasi Pantai Anjung Selera.


Anggota Unit Amal yang turut sama membantu
.

Tn. Hj. Muhammad b. Abdullah (Pesuruhjaya PAS Sabah)
.

Gotong Royong Pakatan Rakyat
.

Pesuruhjaya bergambar bersama remaja yang menggelarkan diri mereka 'Jrock'

Khamis, 12 Februari 2009

Tindakan TV3 mempromosikan golongan transeksual dikesali

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah berasa amat kesal dengan tindakan TV3 melalui rancangan NONA baru-baru ini menyiarkan segmen 'evolusi tarian' yang secara langsung mempromosikan budaya yang bertentangan dengan Islam dan juga masyarakat Malaysia. DPPNS melihat perkara ini sebagai satu lagi ancaman terhadap keharmonian masyarakat, malah ianya akan menyebabkan berkembang lagi budaya-budaya songsang di dalam masyarakat. Oleh yang demikian DPPNS mendesak agar TV3 memohon maaf secara terbuka di atas rancangan yang tidak bertanggunjawab tersebut. TV3 dan badan-badan penyiaran haruslah takut dengan peringatan dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW yang bermaksud:“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesama lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

Maklumat lanjut tentang program tersebut boleh didapati di http://www.sabahdaily.com/2009/02/tv3-mempromosi-transeksual/

Sabtu, 7 Februari 2009

Isu Di Perak: Kenyataan Media Tuan Guru Presiden

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan. PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran DUN akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihanraya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepadaseluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang

Ahad, 1 Februari 2009

DPPNS Rakam Ucapan Syabas kepada Edrogan!

erdogan

“Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.”

Kenyataan sebegini amat jarang muncul di pentas bilateral antarabangsa. Kenyataan yang berani dan tegas ini telah dikeluarkan oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki semasa. World Economic Forum di Switzerland dan ia telah diungkapkankan di bawah batang hidung tinggi Shimon Peras secara langsung diseluruh dunia.


Tahniah kerana telah membuktikan kewibawaan anda sebagai Pemimpin Umat Islam yang Muslim!


SU DPPNS

 
back to top