Khamis, 23 Jun 2011

Politik Persepsi

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menjunjung titah perintah Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas keprihatinan Baginda terhadap BERSIH 2.0. Keprihatinan ini dapat dibuktikan apabila Baginda memberi ruang kepada rakyat iaitu penganjur BERSIH 2.0 untuk menghadap  Baginda di Istana Negara baru-baru ini. Sejajar dengan itu, DPPNS menghargai tindakan Yang Dipertuan Agung selaku pemimpin tertinggi negara di atas sokongan Baginda kepada BERSIH 2.0

DPPNS begitu komited bagi mewujudkan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini selaras dengan tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0. Maka dengan itu, DPPNS telah menghantar seramai 300 orang pemudanya ke Kuala Lumpur bagi menyatakan kebersamaan dan sokongan dalam usaha bagi memastikan sistem pilihanraya di negara ini benar-benar dalam keadaan yang membanggakan serta boleh dijadikan contoh terhadap negara lain.

DPPNS juga menyelar tindakan pihak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang masih lagi bersikap ‘double standard’ dimana mereka masih meneruskan membuat tangkapan secara berleluasa termasuk di Sabah kepada penyokong-penyokong kempen BERSIH 2.0 walaupun pihak penganjur BERSIH 2.0 telah diperkenankan menghadap Yang Dipertuan Agung. Tindakan pihak kerajaan ini seolah-olah menggambarkan tidak menghormati tindakan dan usaha Yang Dipertuan Agung sebagai ketua negara Malaysia.

Maka untuk memastikan kelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, DPPNS menyeru semua ahli PAS Sabah mengadakan solat hajat selama dua malam berturut-turut di semua markas-markas PAS Kawasan di seluruh negeri Sabah agar Allah SWT memberi pertolongan serta kemudahan pada perhimpunan aman BERSIH 2.0. DPPNS juga menyeru kepada rakyat di negeri Sabah agar memakai baju berwarna kuning pada 9 Julai 2011 nanti bagi menyatakan tanda sokongan rakyat terhadap tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 ke arah pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

Lahirul Bin Latigu

Ketua,Media berperanan penting dalam mencanang dan membuat propaganda bagi mengangkat dan menjatuhkan seseorang pemimpin atau parti politik. Media boleh mengubah persepsi seseorang daripada A kepada B. Begitulah sebaliknya. ” Kita melihat Utusan Malaysia terus menjadi alat Najib dan sekutunya sekalipun ianya mengetahui tidak digemari oleh para pembaca. Tetapi oleh , kerana politik itu persepsi, mereka akan meneruskan usaha untuk mengubah persepsi masyarakat.” Kata Mohamed Sabu ketika berucap dalam ceramah Pakatan Rakyat Batu Sapi.

Mohamed meminta hadirin membayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya PAS atau DAP yang lakukan

:- i. Menukar cuti umum di Johor dan Perlis dari hari jumaat kepada Ahad
ii. Menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat sedangkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil terus dibantu.
iii. Menukar biasiswa pelajaran kepada pinjaman
iv. menarik royalti minyak di Terengganu dan engan membayar royalti kepada Kelantan.
v. Tidak menambah kerusi Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya 2004

Semua ini dilakukan oleh UMNO BN. Rakyat seperti dapat menerima itu semua kerana persepsi baik rakyat kepada UMNO BN yang kononnya menjaga agama Islam dan ketuanan Melayu.

Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tahap manupulasi dan kebebasan media Malaysia yang menduduki rangking ke 166, lebih teruk daripada Zimbabwe dan Myamar. ” Persepsi juga menyebabkan rakyat ditakutkan dengan pengaruh DAP yang kononnya akan memerintah Malaysia. Mana boleh DAP memerintah Malaysia kerana DAP hanya bertanding 40 kerusi dan DAP bertembung dengan parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, SUPP dan sebagainya. Di Kerusi Melayu, PAS dan PKR akan bertembung dengan UMNO.Ini bererti, kalau UMNO kalah, PAS dan PKRlah yang akan menang. Ia tetap Melayu.” Jelas Mohamed Sabu.

Persepsi rakyat mesti diubah dengan usaha penerangan yang berterusan dan menyangkal tohmohan-tohmohan yang telah membentuk persepsi yang salah selama ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS).

Khamis, 16 Jun 2011

Tahniah PJ Baru, Terima Kasih Hj. Muhammad


Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu(Gambar) yang mewakili seluruh pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah yang baru diantik oleh PAS Pusat iaitu saudara Aminuddin Aling.

"Kami pemuda menyokong penuh dan sentiasa bersedia untuk bersama-sama memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Sabah ini" kata Lahirul dalam temubual yang dilakukan di pejabat beliau di Kota Kinabalu.

"Besar harapan kami sebagai orang muda untuk melihat satu gerak kerja yang lebih mantap yang akan dilaksanakan oleh seluruh jentera PAS di seluruh negeri bagi persediaan menghadapi pilihanraya yang dijangka tidak lama lagi".

Bila ditanya soal pertukaran jawatan tersebut beliau menjawab yang pertukaran tersebut adalah tidak lain merupakan satu peralihan biasa yang berlaku dalam organisasi dan yang paling penting ialah semua institusi parti di peringkat negeri terus bekerja untuk memastikan kemenangan pada PRU ke-13 nanti.

Selain itu Lahirul juga mengucapkan ribuan perhargaan kepada Mantan Peseruhjaya yang lepas iaitu Hj. Muhammad Abdullah yang telah mengemudi PAS Sabah sehingga PAS berjaya teguh di Sabah walaupun berhadapan dengan pebagai ujian.
 
back to top