Rabu, 10 Jun 2009

Majlis Pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sabah




Semangat muafakat, Lahirul(kiri), Razak, Syamsul Iskandar dan Teddy(kanan)

Kota Kinabalu, 6 Sept - 3 kompenen parti Pakatan Rakyat Sabah akhirnya berjaya melancarkan penubuhan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat secara rasmi pada jam lebih kurang 5.30 petang bertempat di Lembah Impian Resort. Turut menyaksikan majlis pelancaran penubuhan tersebut iaitu Ustaz Anuar Ali selaku Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Dato' Kong Hong Ming selaku Timbalan Pimpinan Negeri PKR, Rony Klasen selaku Ketua Biro Komunikasi PKR dan lebih kurang 40 orang penyokong dari parti masing-masing.
Agenda besar penubuhan Sekretariat Pemuda Pakatan ini antaranya untuk mengukuhkan lagi barisan Pakatan menghadapi wajah baru politik tanah air yang lebih mencabar. Tumpuan akan diberikan kepada penyelarasan program dan pengukuhan sistem yang sedia ada untuk mendepani cabaran terdekat ini iaitu Pilihanraya Umum yang akan datang.


Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat di Pengerusikan oleh Sdr Abdul Razak Jamil dan dibantu oleh 3 orang Naib Pengerusi iaitu daripada PAS oleh Sdr Lahirul Latigu, DAPSY oleh Yang Chan Tsze dan Sdr Jeffry Jamion dari AMK. Saudara Khairul Yusri daripada PAS dilantik sebagai Setiausaha dan Sdr Zainudin Hassan sebagai Ketua Penerangan. Tujuh orang AJK telah dilantik yang dipilih daripada ahli parti kompenen.



Semasa ucapan pada majlis tersebut, Sdr Razak Jamil mengingatkan semula kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang hadir agar menilai semula prestasi pembangkang pada PRU ke 12 yang lalu. Faktor utama kekalahan pembangkang ditangan Barisan Nasional kerana tidak adanya permuafakatan dikalangan parti pembangkang sendiri dalam menentukan siapa calon yang sepatutnya bertanding.



Beliau berkata, kita mesti belajar daripada pengalaman lepas dimana calon-calon parti pembangkang bertembung sesama sendiri untuk merebut kerusi DUN dan Parlimen yang akhirnya merugikan diri sendiri. Sebaliknya kata beliau, jika undi calon-calon pembangkang yang bertembung tersebut dapat disatukan, sudah tentu Barisan Nasional dapat ditewaskan dan beberapa kerusi DUN dan Parlimen dapat dimenangi.



Turut berucap iaitu Sdr Syamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau mengulangi beberapa perkara yang beliau sebutkan sebelum ini iaitu mengutamakan muafakat diantara sesama parti kompenen. Katanya, diperingkat pemuda pusat mereka tidak lama lagi akan melancarkan muafakat pemuda pakatan untuk menghadapi senario politik negara yang semakin mencabar ini. Selain itu, beliau mengingatkan sekretariat pemuda pakatan agar segera mengambil langkah bijak untuk menarik sokongan pengundi muda menyebelahi pakatan seterusnya menutup sesi ucapan daripada Dewan Pemuda PAS, Angkatan Muda keadilan dan DAPSY.



Pada sesi sebelumnya iaitu pada sebelah pagi, sekretariat Pemuda Pakatan turun ke Tamu Gaya Kota Kinabalu untuk mengedar risalah berkenaan H1N1 dan isu-isu semasa politik tanah air. Selain mengedar risalah, pemuda pakatan juga turut beramah mesra dengan para penjual dan pembeli yang datang berkunjung. Edar risalah tersebut berakhir pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari.

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top