Ahad, 16 Ogos 2009

DPPNS : Segera Selesaikan Masalah Bekalan Elektrik


Kota Kinabalu, 16 Ogos - Berkenaan bekalan elektrik yang bermasalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tindakan susulan yang lebih efektif perlu di kaji semula untuk memastikan bekalan elektrik kepada rakyat di Sabah bukan lagi sesuatu yang omong-omong kosong.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Salman Amin menegaskan bahawa jika keadaan sebegini terus berlarutan tanpa sebarang tanda-tanda pembaikan, rakyat Sabah tidak akan teragak-agak untuk mengajar kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Pengarah Sabah Elektrik Sdn. Bhd, En. Razak Salleh mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM 26 Milion untuk mendapatkan sebuah generator yang boleh menghasilkan sebanyak 20 MW. Malangnya, set generator tersebut hanya dapat di rasai oleh semua pada hujung tahun ini.


Beliau juga berkata, masalah ini seharusnya ditangani lebih awal kerana yang akan menanggung kesan kerugian sudah tentu peniaga-peniaga di sekitar-sekitar bandar-bandar utama.


"jika pembelian set generator tersebut hanya akan dapat berfungsi pada hujung tahun ini, seharusnya ada 'back-up planning' yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga ketika ini, sehingga set generator yang dijanjikan dapat di gunakan, tambah beliau lagi.


Beliau juga mencadangkan agar Tenaga Nasional Bhd memainkan peranan yang penting untuk menambahkan lagi kapasiti pengeluaran stesen janakuasa ke kawasan-kawasan seperti Labuk, Kinabatatangan, Beluran, Lahad Datu dan Tawau.

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top