Rabu, 26 Ogos 2009

PAS Prihatin Nasib Rakyat






Kota Kinabalu, 26 Ogos 2009 – Program Prihatin Rakyat yang akan diadakan di Sabah, Sarawak dan Labuan pada 9 Ramadan hingga 29 Ramadan ini akan menimpukan kepada usaha-usaha membela kebajikan rakyat yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, saudara baru dan anak-anak yatim.



Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Negeri Sabah merupakan negeri yang tertinggi sekali kadar kemiskinannya di Malaysia dengan mencatat sebanyak 13,837 kemiskinan tegar pada 30 Jun 2007. Sementara itu, Sarawak pula ditangga ke empat dengan jumlah 6516 kadar kemiskinan tegar pada 30 Jun 2007 berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.




Pengarah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Dewan Pemuda PAS Pusat, ustaz Anuar Ali berkata, program ini akan menggabungkan tenaga daripada Dewan Pemuda PAS Sarawak, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan Dewan Pemuda PAS Labuan.




Tambah beliau, antara yang dijangka hadir untuk menjayakan lagi program ini iaitu YB Ustaz Mohammad Husain Ahli Parlimen Pasir Putih dan YB Ustaz Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap. Pelancaran Program Prihatin Rakyat ini akan diadakan di dua lokasi iaitu di Kota Kinabalu Sabah pada 29 Ogos dan di Sarawak pada 6 September 2009. Sumbangan yang akan diberikan kepada golongan sasaran adalah dalam bentuk buku-buku karangan pimpinan PAS dan pelbagai juadah berbuka puasa.




Sementara itu, Bendahari Program Prihatin Rakyat, Sdr Muhammad Ruslan Azhari memohon kepada semua umat Islam agar sama-sama memberikan sumbangan kepada tabung program ini. Beliau mensasarkan minimum sebanyak RM50,000.00 jumlah sumbangan untuk diagihkan kepada 1000 keluarga muallaf termasuk anak-anak yatim dan golongan fakir miskin.




Beliau mengharapkan kepada semua umat Islam dapat menghulurkan bantuan bagi menjayakan program dengan memasukkan terus ke akaun Maybank atas penama Muhammad Ruslan Azhari di no akaun 162263156276.



Disamping itu, kata ustaz Anuar Ali, penganjuran Program Prihatin Rakyat ini menunjukkan komitmen Dewan Pemuda PAS terhadap nasib rakyat yang ditindas dan tidak mendapat pembelaan sepatutnya.







Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top