Kota Kinabalu, 10 Julai – Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta himpunan aman BERSIH kelmarin adalah satu tindakan yang melampau, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Sdr. Mohd Julfikar Abdul Mijan.
“Pihak polis sepatutnya bertindak sebagai pemantau terhadap perjalanan aktiviti himpunan aman tersebut bukannya menjadikan mereka seakan-akan musuh atau penjenayah.”
Tambah Mohd Julfikar, hak berhimpun ada termaktub dalam perlembagaan negara ini dan begitu juga jika dirujuk kepada pandangan para ulama yang mengharuskan himpunan ini”
Beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut juga terkena tembakan gas pemedih mata dan menyaksikan kekerasan yang dilakukan oleh beberapa anggota polis terhadap rakyat negara ini.
Mohd Julfikar turut mempersoalkan kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan penggunaan beberapa buah helicopter yang menelan belanja beribu ringgit untuk sebuah helicopter.
“Beberapa buah helicopter kelihatan berlegar-legar di udara sekitar kawasan himpunan aman untuk menakut-nakutkan peserta yang terlibat dan sudah tentu ini satu pembaziran duit rakyat”
Beliau juga mengecam beberapa laporan akhbar perdana yang tidak menyiarkan berita berkenaan himpunan aman ini secara telus.
“pihak yang menyebarkan berita tidak benar ini tidak akan dapat menipu rakyat kerana perbuatan tersebut hanya akan meningkatkan rasa ingin tahu rakyat negara ini tentang hasrat himpunan aman BERSIH baru-baru ini”
Tegas Mohd Julfikar, beliau dan beberapa rakan media alternative yang lain akan memastikan mesej himpunan aman BERSIH ini sampai kepada setiap kawasan dan golongan agar mereka mendapat maklumat yang tepat dari sumber yang sahih.
“kita akan pastikan kesedaran ini juga akan sampai ke Sabah supaya rakyat disini juga menolak Umno-BN pada pilihanraya akan datang”
Sila Tinggalkan Pesan, K!
Catat Ulasan