Isnin, 25 Mei 2009

Kursus Psywar Pakatan Rakyat

24 Jun, Kota Kinabalu- Seramai lebih kurang 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pakatan Rakyat menghadiri kursus Psywar yang dikendalikan oleh Sdr. Romli Ishak yang juga merupakan orang kanan Parti Keadilan Rakyat.

Kursus yang diadakan di Lembah Impian Resort, Donggongon ini menggabungkan peserta daripada Pemuda PAS, DAP dan PKR. Turut sama hadir dalam kursus tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS, PKR, DAP dan beberapa lagi Ketua Pemuda Bahagian dan Kawasan.



Sdr. Roml ishak sedang memberika penerangan


Kursus ini memang tepat pada masanya kerana usia Pemuda Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung sangat memerlukan banyak pendedahan informasi berkenaan situasi politik terkini menjelang PRU yang ke-13.

Sehubungan dengan itu, pengalaman-pengalaman lepas Pakatan Rakyat dalam beberapa PRU dan PRK mesti dijadikan bahan analisis demi untuk mematangkan lagi gerakkerja Pemuda Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

Sdr. Romli dalam pembentangannya berkata, "kita mesti memahami bahawa kita berdiri disini pada hari ini adalah semata-mata kerana perjuangan, bukan soal individu maupun pangkat atau kuasa". Beliau merujuk hal tersebut kepada apa yang terjadi kepada calon-calon pakatan rakyat yang lupa siapa mereka setelah mendapat kuasa seperti di 5 buah negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat.



Bergambar bersama Pemuda Pakatan



Beliau juga menekankan bahawa pengalaman Pakatan Rakyat berhadapan dengan UMNO-BN wajar diambil iktibar agar kita boleh meningkatkan keupayaan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Strategi memenangi hati rakyat, melunakkan serangan propaganda musuh, menguasai medan peperangan dan banyak lagi kaedah yang perlu ditingkatkan dari masa ke semasa dengan harapan Pemuda Pakatan di Sabah mampu menumbangkan UMNO-BN pada PRU yang ke-13.


Beliau juga menyarankan agar diadakan program-program bersama antara ketiga-tiga pemuda pakatan untuk berbincang dengan lebih lanjut berkenaan hala tuju dan gerakkerja yang lebih jelas pada masa akan datang.



Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top