Selasa, 19 Mei 2009

Pakatan Rakyat Menggegar di Tawau









Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Hotel Emas, Tawau berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Inilah sambutan besar-besaran yang julung-julung kalinya diadakan di adakan di zon borneo. Tahniah kepada PAS Kawasan Tawau kerana menjadi tuan rumah kepada majlis yang agak berprestij ini. Tambah meriah lagi apabila VIP yang dijemput turun bersama rakyat pada sebelah malamnya yang diadakan di Markaz Tarbiah Jalan Kuhara.









Ceramah yang diadakan pada malam 17 Mei tersebut di wakili oleh 2 orang bekas Mantan Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Abu Bakar Chik dan YB Dato Mahfoz Omar. VIP yang turut menyampaikan ceramah tentang perkembangan terkini isu politik negera ini iaitu Ketua Pemuda PAS Kelantan iaitu YB Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS Pusat YB Salahudin Ayub.







YB Mohd Zaki selaku penceramah pertama pada malam tersebut berkata bahawa Pemerintahan PAS di Kelantan telah membawa 100 perubahan kepada rakyat yang tidak mengira samada kaum India, Cina dan Melayu. Beliau menyambung lagi, "salah satu bukti keadilan dan ketelusan yang diberikan kepada semua kaum di Kelantan, kerajaan Negeri telah melancarkan skim Kifalah yang berasaskan konsep Islam yang mana telah memberikan satu jaminan di hari tua mereka nanti". Beliau juga menyatakan bahawa jika Islam menjadi matlamat kepada cita-cita berpolitik maka sudah tentu kes-kes rasuah dan beli ADUN tidak akan berlaku seperti mana yang berlaku terhadap pemimpin-pemimpin UMNO. YB Mohd Zaki berkata, "kalau tuan-tuan semua tidak percaya, cubalah periksa mana-mana ADUN PAS yang dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan kalau ada", ujar beliau kepada semua hadirin yang datang.





Ucapan yang bersemangat





Penceramah yang kedua pula iaitu Ustaz Abu Bakar Chik terus menarik perhatian hadirin yang datang dengan gaya ucapan yang begitu bersemangat. Beliau menegaskan, "Islam telah membawa keamanan kepada dunia dan seisinya kerana ia dari tuhan yang maha Esa lagi maha sempurna". Ustaz Abu Bakar Chik juga menyeru kepada semua yang hadir agar mengkaji semula sejarah perjalanan peradaban tamadun-tamadun di dunia dan sak
sikan bagaimana kerosakkan yang berlaku kerana terpisahnya akhlak daripada semua sudut kehidupan. Beliau berkata lagi, "suasana politik di Perak sebenarnya jelas menunjukan apabila seorang hamba terputus hubungan dengan tuhannya, dia akan hilang rasa malu dan tidak takut lagi melanggar adab-adab sebagai seorang hamba". Ucapan beliau pada malam itu tidak henti-henti disambut dengan laungan takbir yang bergema padu oleh kebanyakkan yang hadir.









Penceramah yang ketiga pula iaitu YB Mahfuz Omar banyak menyentuh soal-soal kualiti kepimpinan yang diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional. Beliau pada malam tersebut banyak memberikan kritikan dan cadangan terhadap perlaksanaan beberapa dasar yang ditentukan oleh UMNO dan BN yang telah banyak merugikan harta negara. Sementara itu, penceramah yang terakhir iaitu YB Salahudin Ayub pula banyak mengulas berkenaan orang nombor satu negara ini yang dipandang enteng oleh negara lain akibat kredibiliti Najib yang dikaitkan dengan kejatuhan nilai keadilan paling teruk terhadap perundangan di Malaysia.









Hidangan maklumat oleh ke empat-empat orang VIP tersebut diyakini telah membuka mata rakyat Sabah agar mampu membuat perubahan pada PRU ke 13 nanti. Kekerapan pendedahan maklumat seperti ini dijangka akan mampu memikat hari rakyat untuk bersama-sama dalam perjuangan Pakatan Rakyat dan bukan lagi UMNO atau BN. Hanya dengan Pakatan Rakyat peluang untuk mengubah nasib rakyat dan masa depan negara akan lebih cerah. Usaha yang lebih keras perlu ditingkatkan bukan sahaja oleh barisan kepimpinan malah rakyat juga digesa agar turut bersama-sama berganding bahu menolak UMNO dan BN.











Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top