Selasa, 31 Mac 2009

Liqa' Bersama Ustaz Wan Ismail Che Dagang




Ust. Wan Ismail Dagang
Ust. Wan Ismail Dagang


Pada 25 Mac 2009 yang lalu, berlangsung satu Liqa’ (pertemuan) dengan Ustaz Wan Ismail Dagang (Timbalan ketua dewan ulama PAS Terengganu) di Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah (PPPNS).


Terlalu banyak ilmu maklumat & ilmu yang disampaikan Ust. Wan Ismail pada malam itu, & cara penyampaiannya yang santai menjadikan kami senang memahami.


Dalam perkaitannya dengan perkara yang banyak berlaku sekarang, beliau antara lain menerangkan tentang binasanya umat-umat terdahulu seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran apabila orang berkuasa yang buat salah tidak dihukum, sedangkan pada masa yang sama orang biasa yang buat salah dihukum. Ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w. dimana Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menyatakan “seandainya Fatimah yang mencuri, nescaya akan aku potong tangannya.”


Ust. Wan Ismail juga menerangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. sentiasa mempunyai visi untuk masa depan & berpandangan jauh, sebagaimana Baginda s.a.w. pernah menjanjikan gelang maharaja Parsi kepada Suraqah, & Baginda s.a.w. juga menyatakan bagaimana Constantiniah (nama Arab bagi Constantinopel) akan ditakluk oleh orang yang terbaik, yang mana ia menjadi kenyataan bila seorang pemuda berusia 20 tahun, Sultan Muhamad al-Fateh membuka Constantinopel menjadikannya Islambul (sebelum ditukar oleh si atheis Kamal Attartuk).


Selain itu, Ust. Wan Ismail juga menerangkan bagaimana sejarah perlu dibaiki semula kerana terlalu banyak fakta yang telah diubah oleh penjajah Inggeris/ orang-orang kafir. Mereka juga telah banyak melakukan kerosakan selain menghapuskan peundangan Islam sepertimana yang telah berlaku di Melaka yang nama asalnya Malaqa atau Multaqa yang bermaksud tempat pertemuan.


Antara perkara yang sangat diingati ialah bila Ust. menerangkan yang ‘orang yang kerana (dakwah) dia orang lain tak menentang Islam, & kembali kepada Islam, maka Nabi s.a.w. menyatakan Allah s.w.t. akan memberinya baginya pahala 100 orang mati syahid.’ Antara sebabnya ialah orang syahid membunuh orang yang hidup, tetapi orang yang berdakwah menghidupkan orang yang sudah mati (hatinya).


Wallahualam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada pendakwah-pendakwah yang ikhlas menyebarkan kebenaran, di mana sahaja mereka berada. Amin.


( sumber ainksensei.wordpress.com)

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top