Rabu, 25 Mac 2009

Jamboree AMAL Peringkat Negeri Sabah 2009

Bermula pada 20 Januari dengan penyerahan keluarga angkat, Jambori AMAL Peringkat Negeri Sabah secara rasmi berjalan seperti yang dirancangkan. Kg Binawou Tengah antara kebanyakkan kampung yang terletak di Daerah Sook menjadi lokasi pilihan Jambori kali ini. Dianggarkan sebanyak 90 orang peserta daripada pelusuk negeri Sabah berkampung selama 3 hari 2 malam.Memenuhi objektif program kali ini untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama saudara seaqidah, peserta yang terlibat telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing, orang kampung Binawou Tengah.



Kedatangan peserta Jambori AMAL pada petang jumaat 20 April disambut dengan begitu baik oleh orang-orang kampung. Sebaik sahaja saja konvoi pertama memasuki kawasan perkampungan, dari jauh lagi kelihatan makcik-makcik tengah bertungkus lumus menyiapkan juadah makan malam untutetamu dari jauh ini. Tidak cukup sekadar itu, kami betul-betul rasa bertuah kerana dihidangkan pula dengan daging masak ala Kg Binawou walaupun pada mulanya perbincangan dengan orang kampung hanya makan mee sahaja. terima kasih daun keladi, budimu tuan kami semat dihati.





Hari ke dua pada sebelah pagi, para peserta seperti yangdijadualkan berkumpul di kawasan lapang berhadapan dengan Surau. Perhimpunan pada pagi itu, dimulakan dengan alunan Al Asma-ul Husna, lagu Negaraku dan lagu Al Amal. Setelah mendengar beberapa taklimat tentang tugasan yang akan dilakukan, pemeriksaan barisan oleh Ustaz Jamsari selaku ketua Jabatan AMAL pusat. Selepas itu, barulah para peserta memulakan tugas menyiapkan beberapa keperluan untuk aktiviti rempuh halangan pada sebelah petang nanti.




Pada hari terkahir, sebagai satu simbolik cita-cita Jabatan AMAL untuk memberi khidmat kemasyarakatan yang terbaik kepada semua lapisan di bumi Sabah ini, majlis janji setia diadakan dimana beberapa orang perserta ALP mengangkat janji setia. Selepas itu, Ustaz Jamsari ditemani Cikgu Anuar bertolak pula ke Tenom untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada penggerak-penggerak dakwah disana agar terus istiqomah dalam melakukan kerja-kerja Islam. Selepas Tenom, Ustaz Jamsari bertandang pula ke Tambunan atas jemputan beberapa orang pengerak-penggerak dakwah disana untuk berkongsi sedikit pengalamannya ketika melakukan khidmat kemanusiaan di Gaza ketika perang sedang berkecamuk hingga sekarang. Alhamdulillah, sambutan cukup memberangsangkan.

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top