

KENYATAAN MEDIA
21 NOVEMBER 2009
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)
IMPLIKASI DARI DUA KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI:
PEMUDA PAS DESAK PEGUAM NEGARA DIHADAP SEGERA KE TRIBUNAL
1. Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memandang serius implikasi dari dua keputusan Mahkamah Tinggi yang terbaru, iaitulah keputusan di dalam kes Semakan Kehakiman terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung isu kedudukan ADUN Kota Siputeh, Kedah dan juga kes Saman yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
2. Keputusan dari kedua-dua kes tersebut, yang berakhir dengan ketewasan di pihak SPR dan SPRM yang diwakili oleh Jabatan Peguam Negara, jelas menunjukkan bagaimana Peguam Negara selaku penasihat undang-undang utama kepada kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, telah gagal menjalankan tugas dengan baik dalam memberikan nasihat perundangan yang tepat dan selaras dengan kehendak undang-undang yang sebenar hingga memalukan dan menjejaskan imej kerajaan.
3. Timbul persoalan apakah nasihat undang-undang oleh Peguam Negara, diberikan secara profesional ataupun didasari oleh sentimen politik semata-mata untuk mempertahankan tindakan kerajaan dan agensinya, meskipun jelas tindakan tersebut menyalahi peruntukan undang-undang bertulis. Lihat sahajalah bagaimana nasihat yang diberikan oleh kepada SPR berkaitan dengan pentafsiran Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah sedangkan peruntukan tersebut sudah sebegitu jelas dan terang di mana seseorang ADUN Kedah yang gagal menghadiri mesyuarat DUN dua-dua kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran dari Speaker, secara automatik hilang kerusinya.
4. Meskipun jawatan Peguam Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, namun jawatan tersebut tetap merupakan public office yang mesti mempunyai akauntabiliti moral terhadap rakyat Malaysia. Maka, di dalam keadaan ini di mana Peguam Negara gagal menjalankan tugas dengan baik hingga mendatangkan kerugian kepada kerajaan yang kosnya turut ditanggung oleh rakyat, maka DPPP merasakan adalah wajar secara moralnya untuk Peguam Negara meletakkan jawatan serta merta.
5.. Di dalam amalan biasa, mana-mana peguam yang memberikan nasihat perundangan yang salah dan silap kepada anakguamnya, maka ianya dianggap sebagai suatu professional negligence (kecuaian profesional) yang membolehkan anakguam tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap peguam yang terbabit. Namun, di dalam situasi yang membabitkan Peguam Negara ini, sekiranya Peguam Negara enggan melepaskan jawatannya, maka DPPP mendesak supaya Peguam Negara dihadapkan segera ke Tribunal yang dibentuk berdasarkan peruntukan yang sama sebagaimana proses pemecatan hakim Mahkamah Persekutuan.
HJ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Web rasmi http://pemuda.pas.org.myPAS Sabah merasa kesal dan dukacita kerana kerajaan tidak menyenaraikan Hospital Queen Elizabeth sebagai salah satu Hospital yang diberi keutamaan untuk dinaik taraf dalam belanjawan 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin Aling, keadaan Hospital Queen Elizabeth sekarang amat menyedihkan sekali. “Pesakit diletakkan dalam keadaan berhimpit-himpit, rapat diantara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan para pesakit dan kakitangan Hospital merasa tertekan dan amat tidak selesa. Jika katil penuh, pesakit akan diletakkan diatas lantai (bertilam)”. kata Aminudin yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Sabah. Aminudin mempertikai slogan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kerana kerajaan Barisan Nasional gagal mendahulukan masalah rakyat berikutan masalah bangunan Hospital Queen Elizabeth yang tidak selamat. Dalam belanjawan tersebut pada tahun 2010 hospital dalam peringkat pembinaan dan dinaik taraf ialah Kluang, Bera, Shah Alam, Alor Gajah dan Tampoi. Menara utama, blok podium dan blok forensik Hospital Queen Elizabeth telah diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki oleh IKRAM dan JKR Sabah tahun lepas. “PAS sangat berharap Sabah dan Sarawak juga diberi keutamaan 50 buah klinik yang akan dibuka di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai bagi membolehkan masyarakat mendapat kemudahan rawatan biasa. Di Semenanjung, jarak satu klinik ke satu klinik hanya beberapa kilometer sahaja, di Sabah jarak satu klinik ke satu klinik berpuluh kilometer malah beratus kilometer.”, katanya |
“PAS menyokong usaha samada individu atau persatuan bagi memelihara ekosistem dan alam sekitar negeri ini daripada sebarang ancaman pencemaran . Usaha ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam dimana Al Quran mengajar agar umat manusia jangan melakukan kerosakan di atas muka bumi,” kata Anuar sebagai tanda sokongan lima Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Green Surf (Sabah Unite to Re-Power the future). Lima NGO tersebut dianggotai Land Empowerment Animals and People (Leap), Partners of Community Organisation (Pacos Trust), Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (Sepa), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Cawangan Sabah dan Pejabat WWF- Malaysia Sabah. Pakatan yang telah dilancarkan di Pantai Tanjung Aru ingin mengemukakan satu penyelesaian positif terhadap keadaan tenaga di negeri ini. Menurut pengasas dan pengarah Green Surf, Cynthia Ong pakatan ini dibentuk bagi memenuhi gesaan dan rayuan orang ramai. “Pembinaan loji yang menggunakan tenaga arang batu adalah bertentangan dengan semua usaha pemuliharaan dan mengancam kebersihan alam sekitar,” katanya pada sidang akhbar di sini. “Kami bukan anti kerajaan tetapi kami menyokong usaha kerajaan mencari penyelesaian baru dan kami bersedia memberi sokongan (terhadap penyelesaian tersebut)", kata beliau lagi. Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan Felda Sahabat di Lahad Datu sanggup menyediakan tapak alternatif bagi pembinaan loji berkenaan bagi membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik yang sedang melanda negeri ini. Namun demikian ianya tertakluk kepada kelulusan laporan kajian kesan terhadap alam sekitar (EIA). |
PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq (Batu 1 1/2) |
PASTI Saidina Umar al-Khattab(Tmn Indah Jaya) |
PASTI Saidina Ali Bin Abi Talib (Flat Kg Sim-sim) |
PASTI Saidina Uthman Ibn Affan (Tmn Mawar) |
PASTI Saidina Hamzah (Tmn Damai) |
PASTI Solahuddin al-Ayubi (Flat Tmn Sejati) |
PASTI Khalid al-Walid (Kg Tinusa 2) |
PASTI Zaid Bin Harithah (Kg Lupak Meluas, Karamunting) |
PASTI Bilal Bin Rabah (Flat MPS Karamunting) |
PASTI Abdul Rahman Bin Auf (Tmn Kenari, Batu 7) |
Alamat |
Lot 5B, Tingkat 1, Blok A, |
Taman Hing Lee, Jalan Utara, |
90000 Sandakan, |
Sabah. |
Tel: 089-223260 |
Faks: 089-223170 |
Email: pasti_sandakan@yahoo.com |
Nurul Hannani, Jln Kuhara |
Nurul Iman, Tg. Batu Laut |
Nurul Huda, Pasir Putih |
Nurul Mawaddah, Taman Ria |
Nurul Falah, Titingan |
Nurul ain, Bt.2 Jln Apas |
Nurul Izzah, Jln Saddani |
Nurul Farah Ain, Merotai |
Nurul Siddiq, Tmn Semarak |
Nurul Syuhada, Bt. Payong |
Nurul Hidaya, Log Pond |
Nurul Hasanah, Sg. Gading |
Nurul Sakinah, Balung |
Nurul Haq, Tmn Kinabutan |
Nurul Faizin, Bndr Sri Indah |
Nurul Najah, Tmn Megah Jaya |
Nurul Ikhwan, Felda Umas alamat: http://pastikawasantawau.blogspot.com/ pastitawau@yahoo.com.my |
PASTI KAWASAN PUTATAN |
1) PASTI al-Aqsa, Lot 156, Lorong 2A, Taman Limauan, Kinarut |
2) PASTI al-Furqan, Lot 303 Jalan Dinawan 2, Taman Pantai Lok Kawi(Sabindo) Jalan Papar, Kinarut - Ust Zainuddin Lateh – 013-758974 |
3) PASTI Nur Fathonah, No 4, Lorong 1, Taman Union, Pekan Putatan – Ust Akmal 013-8510199 |
4) PASTI ar-Raihan, Surau al-Firdaus, Kg Sri Pandan, Jalan Bukit Vor, Perkampungan Pasir Putih, Putatan |
5) PASTI al-Hidayah, Surau Quarters Keretapi, Tanjung Aru Kota Kinabalu. – Cikgu Firusah 088-266904 |
6 ) PASTI al-Hikmah, No 2, Lorong Selunsung E, Taman Sempelang Sembulan 88100 Kota Kinabalu – Cikgu Firusah 014-8745157 |
7) PASTI Nurul Hasanah, Surau Perumahan Bukit Padang, Quarters Flat Hospital Mesra Bukit Padang, Jalan Kolam Luyang, Kota Kinabalu. -Cikgu Wahyu 013-8607242 |
8) PASTI al-Amal, Kg Likas Kota Kinabalu. Cikgu Kasminah Sulaiman - 016-8382621 |
PASTI KAWASAN SEPANGGAR |
1) PASTI asy-Syifa’, No 12 Lorong Pokok Seraya 5F/1 Taman Khidmat, Kolombong. Cikgu Musriani – 016-8135500 |
2) PASTI ar-Rahman, No 15 Jalan Raja Udang 3a, Taman Kingfisher, Likas - Cikgu Musriani – 016-8135500 |
3) PASTI an-Najah, No 55 Lorong 12 Fasa 1, Taman Kuala Menggatal - Cikgu Musriani - 016-8135500 |
4) PASTI Kg Lobou, Menggatal |
5) PASTI as-Solihin, Lorong 14 Taman Puterajaya Telipok - Cikgu Musriani - 088-412512 |
PASTI KAWASAN KOTA MARUDU |
1) PASTI al-Hikmah, No 45 Taman KDC, Jalan Pekan Baru 89108 Kota Marudu - Cikgu Zakaria Ali Hanafiah - 019-9745489 |
2) PASTI Pinggan-Pinggan, Peti Surat 441, 89108 Kota Marudu - Ust Wan 019-8808047 |
PASTI KAWASAN KUDAT |
1) PASTI al-Furqan, Jalan Taman Tanjung Kapur, 89057 Kudat – Cikgu Samad – 013-8639117 |
PASTI KAWASAN KOTA BELUD |
1) PASTI al-Firdaus, Pekan Kota Belud D/A Datuk Ismail Gimbad, Peti Surat 147, 89150 Kota Belud – Ust Mustaqim Aling -014-8515289 |
PASTI KAWASAN TUARAN |
1) PASTI al-Iman, Peti Surat 366 89208 Tuaran – 088-793103 (Cikgu Anisa Sakim) |
PASTI KAWASAN PAPAR |
1) PASTI Nor Mawaddah, S8 Taman Papar, Kg Sungai Padang Papar – Ust Salim 019-8102728 |
PASTI KAWASAN BEAUFORT |
1) PASTI Darul Falah, No. 5 Taman Inti Subur, 89808 Beaufort – Ust Razali 019-8208489 |