Isnin, 19 Januari 2009

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS SABAH DALAM USAHA MEMBOIKOT PRODUK ZIONIS
.

Sehingga kini seramai 1300 kematian dan ribuan tercedera akibat serangan tentera Israel terhadap Gaza. Angka ini menunjukan seolah-olah nyawa penduduk Palestin tiada nilai dan pembelaan dari dunia luar. Dewan Pemuda Pas Sabah mengecam di atas kelewatan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara-Negara Islam dan Liga Arab dalam menangani permasalahan ini. Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak agar pertubuhan-pertubuhan tersebut mengambil tindakan seterusnya memberi tekanan diplomati terhadap Israel.
.

Sehubungan dengan itu di atas dasar kemanusiaan, Dewan Pemuda Pas Sabah juga mengalu-alukan sumbangan kepada rakyat Palestin. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Muslim Care
: RHB 26-2120-0000- 4747
(resit disediakan jika mahu, rasmi)
Lajnah Antarabangsa : Maybank 5640-7070-3248
(Pasti Islam SeMalaysia), di bawah kelolaan Al-Quds Institute Malaysia Chapter.
.

Berikutan kedegilan dan kesombongan berterusan pihak regim Zionis, Dewan Pemuda Pas Sabah pada hari ini melancarkan kempen boikot berstrategi. Kempen ini akan mensasarkan 7 produk utama untuk diboikot selama 6 bulan. Produk-produk tersebut ialah Coca-Cola, MacDonalds, Starbucks, KitKat, Maggi, Colgate dan Johnson & Johnson. Seluruh umat Islam dan pencinta kedamaian wajib mengambial inisiatif ini agar ianya memberi pengajaran kepada Zionis dan Amerika Syarikat bahawa kekuatan ekonomi mereka akan terjejas akibat kedegilan mereka sendiri. Mulakan kempen ini di rumah, satu demi satu, sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya segala kekuatan ekonomi yang mereka miliki untuk menampung kos peperangan berjaya dilumpuhkan.
.

Sekian, Terima Kasih

.

Lahirul Latigu

Naib Ketua Pemuda Pas Sabah

19 Januari 2009

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top