Selasa, 19 Mei 2009

Pemuda Sabah Sokong Pengundian!

Dewan Pemuda PAS Sabah menyokong penuh pertandingan yang dua penjuru bagi memilih Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru setelah Y.B. Salehuddin Ayub mengishtiharkan untuk melepaskan tanggungjawabnya. Kami melihat ini merupakan petanda positif bahawa ahli -ahli pemuda di seluruh negara sudah cukup matang untuk melalui proses berkempen dan proses pengundian sepanjang Muktamar Ke 50 Dewan Pemuda PAS Pusat itu nanti.

Kami melihat bahawa kesempatan ini merupakan ruang yang terbaik untuk kita memberikan gambaran yang sebenar kepada rakyat di luar sana bagaimana sebuah Parti yang berteraskan Islam sebagai paksi perjuangannya melakukan proses pemilihan pucuk pimpinan jamaah. Ini juga merupakan kesempatan terbaik untuk mentarbiyah (mendidik) ahli-ahli yang baru menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kita budaya sebenar sebuah Harakah Islamiyyah.


Kami juga merasakan bahawa inilah saat yang terbaik untuk kita menjawab segala tomahan yang dilontarkan oleh media arus perdana yang kerap kali dilihat cuba melaga-lagakan antara kepimpinan kita dan seringkali menghina kita dengan meremehkan tahap keintelektualan dengan melemparkan khabar angin dan memutar-belit kenyataan para pimpinan kita. Marilah kita merapatkan saf jamaah dan membuktikan kepada seluruh dunia bahawa sayap pemuda PAS telah bersiap-siaga untuk membuka lembaran baru politik negara. Bebas dari Rasuah! Bebas dari Politik Wang!

Mewarisi Kepimpinan Ulama'
PERKASAKAN PEMUDA TEGUHKAN PAKATAN


KETUA PENERANGAN DPP NEGERI SABAH
Salman Mohd Amin

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top