Selasa, 31 Mac 2009

Liqa' Bersama Ustaz Wan Ismail Che Dagang




Ust. Wan Ismail Dagang
Ust. Wan Ismail Dagang


Pada 25 Mac 2009 yang lalu, berlangsung satu Liqa’ (pertemuan) dengan Ustaz Wan Ismail Dagang (Timbalan ketua dewan ulama PAS Terengganu) di Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah (PPPNS).


Terlalu banyak ilmu maklumat & ilmu yang disampaikan Ust. Wan Ismail pada malam itu, & cara penyampaiannya yang santai menjadikan kami senang memahami.


Dalam perkaitannya dengan perkara yang banyak berlaku sekarang, beliau antara lain menerangkan tentang binasanya umat-umat terdahulu seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran apabila orang berkuasa yang buat salah tidak dihukum, sedangkan pada masa yang sama orang biasa yang buat salah dihukum. Ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w. dimana Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menyatakan “seandainya Fatimah yang mencuri, nescaya akan aku potong tangannya.”


Ust. Wan Ismail juga menerangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. sentiasa mempunyai visi untuk masa depan & berpandangan jauh, sebagaimana Baginda s.a.w. pernah menjanjikan gelang maharaja Parsi kepada Suraqah, & Baginda s.a.w. juga menyatakan bagaimana Constantiniah (nama Arab bagi Constantinopel) akan ditakluk oleh orang yang terbaik, yang mana ia menjadi kenyataan bila seorang pemuda berusia 20 tahun, Sultan Muhamad al-Fateh membuka Constantinopel menjadikannya Islambul (sebelum ditukar oleh si atheis Kamal Attartuk).


Selain itu, Ust. Wan Ismail juga menerangkan bagaimana sejarah perlu dibaiki semula kerana terlalu banyak fakta yang telah diubah oleh penjajah Inggeris/ orang-orang kafir. Mereka juga telah banyak melakukan kerosakan selain menghapuskan peundangan Islam sepertimana yang telah berlaku di Melaka yang nama asalnya Malaqa atau Multaqa yang bermaksud tempat pertemuan.


Antara perkara yang sangat diingati ialah bila Ust. menerangkan yang ‘orang yang kerana (dakwah) dia orang lain tak menentang Islam, & kembali kepada Islam, maka Nabi s.a.w. menyatakan Allah s.w.t. akan memberinya baginya pahala 100 orang mati syahid.’ Antara sebabnya ialah orang syahid membunuh orang yang hidup, tetapi orang yang berdakwah menghidupkan orang yang sudah mati (hatinya).


Wallahualam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada pendakwah-pendakwah yang ikhlas menyebarkan kebenaran, di mana sahaja mereka berada. Amin.


( sumber ainksensei.wordpress.com)

Rabu, 25 Mac 2009

Jamboree AMAL Peringkat Negeri Sabah 2009

Bermula pada 20 Januari dengan penyerahan keluarga angkat, Jambori AMAL Peringkat Negeri Sabah secara rasmi berjalan seperti yang dirancangkan. Kg Binawou Tengah antara kebanyakkan kampung yang terletak di Daerah Sook menjadi lokasi pilihan Jambori kali ini. Dianggarkan sebanyak 90 orang peserta daripada pelusuk negeri Sabah berkampung selama 3 hari 2 malam.Memenuhi objektif program kali ini untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama saudara seaqidah, peserta yang terlibat telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing, orang kampung Binawou Tengah.



Kedatangan peserta Jambori AMAL pada petang jumaat 20 April disambut dengan begitu baik oleh orang-orang kampung. Sebaik sahaja saja konvoi pertama memasuki kawasan perkampungan, dari jauh lagi kelihatan makcik-makcik tengah bertungkus lumus menyiapkan juadah makan malam untutetamu dari jauh ini. Tidak cukup sekadar itu, kami betul-betul rasa bertuah kerana dihidangkan pula dengan daging masak ala Kg Binawou walaupun pada mulanya perbincangan dengan orang kampung hanya makan mee sahaja. terima kasih daun keladi, budimu tuan kami semat dihati.





Hari ke dua pada sebelah pagi, para peserta seperti yangdijadualkan berkumpul di kawasan lapang berhadapan dengan Surau. Perhimpunan pada pagi itu, dimulakan dengan alunan Al Asma-ul Husna, lagu Negaraku dan lagu Al Amal. Setelah mendengar beberapa taklimat tentang tugasan yang akan dilakukan, pemeriksaan barisan oleh Ustaz Jamsari selaku ketua Jabatan AMAL pusat. Selepas itu, barulah para peserta memulakan tugas menyiapkan beberapa keperluan untuk aktiviti rempuh halangan pada sebelah petang nanti.




Pada hari terkahir, sebagai satu simbolik cita-cita Jabatan AMAL untuk memberi khidmat kemasyarakatan yang terbaik kepada semua lapisan di bumi Sabah ini, majlis janji setia diadakan dimana beberapa orang perserta ALP mengangkat janji setia. Selepas itu, Ustaz Jamsari ditemani Cikgu Anuar bertolak pula ke Tenom untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada penggerak-penggerak dakwah disana agar terus istiqomah dalam melakukan kerja-kerja Islam. Selepas Tenom, Ustaz Jamsari bertandang pula ke Tambunan atas jemputan beberapa orang pengerak-penggerak dakwah disana untuk berkongsi sedikit pengalamannya ketika melakukan khidmat kemanusiaan di Gaza ketika perang sedang berkecamuk hingga sekarang. Alhamdulillah, sambutan cukup memberangsangkan.

Sabtu, 7 Mac 2009

Sekitar Ceramah YB Abd Wahid Endut di Kota Kinabalu

Khamis 5 Mac 2009- Kota Kinabalu telah didatangi oleh YB Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu dalam rangka lawatan sempena kemenangan beliau yang mewakili PAS di Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.
.
Ceramah YB Abd Wahid Endut di Palace Hotel, Kota Kinabalu
.
Program Ceramah Umum beliau bermula pada pukul 8 mlm di Hotel Palace, KK. Turut bersama malam itu, rakan-rakan pimpinan PR dari PKR & DAP. Banyak maklumat & pendedahan telah disampaikan oleh para pimpinan PR pada malam itu terutama mengenai isu Perak, keadilan dan lain-lain. Tuan Hj. Ansari sebagai contoh, banyak mendedahkan bagaimana kerajaan membelakangkan undang-undang untuk survival mereka dalam satu ‘desperate moves’ untuk merampas kuasa.

Hadirin yang hadir
.

Antara hadirin yang hadir

YB Abdul Wahid juga telah mendedahkan pelbagai perkara selain menceritakan pengalamannya & PAS dalam menghadapi tekanan berat sebelah & bagaimana kerajaan PAS Terengganu sebelum ini telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meringankan beban rakyat.
Saya tertarik dengan 5 pesanan YB Abdul Wahid berhubung perjuangan untuk mencapai kejayaan. Yang pertama ialah, ‘jangan cari musuh, & jumpa musuh jangan lari.’ Kedua, istiqamah, iaitu usaha & semangat yang sentiasa berterusan, tak kira dalam keadaan susaah atau senang. Ketiga, hendaklah berserah kepada Allah, tawakal & sentiasa percaya kepada pergantungan kepadaNya. Keempat, jangan berpecah, elakkan permusuhan sesama sendiri & sentiasa bersatu. Yang kelima-sabar. Perjuangan mungkin akan mengambil masa yang lama, menghadapi pelbagai cabaran & rintangan.

Kaunter JoM Sertai PAS turut dibuka

Unit Penerangan
Pemuda PAS Pantai Barat
 
back to top