tag:blogger.com,1999:blog-86366363860026335282024-03-05T15:51:10.226+08:00Dewan Pemuda PAS Negeri SabahPemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.comBlogger311125tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-20647513445756190842014-02-16T16:44:00.002+08:002014-02-16T16:44:18.218+08:00Pemuda PAS Rayu Sumbangan Mangsa Banjir Sabah
KOTA BHARU: Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia membuka akaun khas bagi membantu mangsa banjir di Beufort, Keningau dan Tenom Sabah.
Pengerusinya, Muhammad Hafiz Musa berkata, orang ramai di seluruh negara di seru menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir berkenaan.
"Banjir yang berlaku paling lewat akhir bulan Januari baru-baru ini mengikut gelombang banjir negara menyaksikan kemusnahan banyak harta benda.
"Pemuda PAS bersimpati dengan nasib mereka dan mengambil ketetapan untuk membantu masyarakat di sana,"ujarnya.
Sehubungan itu, sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melalui akaun Maybank: 560232000360.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Tabung Rakyat Prihatin melalui akaun Maybank Islamik: 564025400414.
Sebarang sumbangan boleh dimaklumkan ke talian 013-9837377.
Hafiz berkata, sumbangan masyarakat di negara ini semestinya amat bernilai buat mangsa-mangsa bencana.
"Pemuda PAS Malaysia saya dahului dengan rakaman ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan,"ujarnya.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-64801845490969645142014-01-20T13:43:00.001+08:002014-01-20T13:43:08.612+08:00Lawatan Kerja ke Sabah: Apa Lagi Yang Kita Boleh Harapkan Daripada BN..?
Pada hari Rabu, 15 Januari yang lepas, saya berangkat bersama rombongan pimpinan Pemuda PAS Malaysia ke Bumi Di Bawah Bayu. Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda turut serta dalam rombongan tersebut. Selain menghadiri perbicaraan di mahkamah, kami juga menyantuni anak anak muda dan rakyat Sabah dengan pelbagai program yang telaha disusun. Antaranya dialog anak muda, kuliah di surau-surau dan program turun kawasan.
Antara tempat yang sempat saya turun kawasan adalah di Batu Sapi. Ianya terletak lebih kurang 10km daripada bandar Sandakan. Malang bagi warga Batu Sapi apabila mereka mengalami kerosakan jalan hampir 5km terutama di kawasan Taman Po Hing, Batu Sapi dan ianya telah berlarutan lebih daripada 3 tahun.
Apabila ditanya adakah sudah diadukan kepada Ahli Parlimen dan Adun berkenaan? Riak wajah mereka menampakkan kekesalan dan kecewa. Mereka sudah puas meminta Ahli Parlimen Batu Sapi daripada BN (PBS), Linda Tsen Thau Lin dan Adun Sekong (UMNO), Shamsuddin Yahya menyelenggara jalan tersebut,namun setelah berlalu PRU13, Aku Janji mereka hanya tinggal Akur Janji.
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt (DAP) telah mengemukakan soalan dalam parlimen berkenaan status jalan berkenaan pada sesi Parlimen yang lepas. Menteri Kerja Raya, dalam jawapan bertulisnya menyatakan bahawa jalan raya tersebut mendapat peruntukan khas melalui Koridor Pembangunan Sabah (SDC) oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 dan telah memperuntukkan RM24 juta untuk menyelenggara jalan tersebut. Namun jalan raya tersebut tidak menerima Sijil Perakuan Siap Kerja oleh JKR Sabab walaupun telah dibuka pada awam sejak 2012. Ia kerana terdapat kecacatan jalan raya yang masih belum diselenggara oleh pihak kontraktor dan JKR Sabah akan menggunakan deposit kontraktor jika ia masih tidak diselanggara.
Realitinya, keadaan jalan raya tersebut sangat menyedihkan (boleh rujuk gambar saya bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ust. Muhammad Khalil Abd. Hadi, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan beberapa pimpinan Pemuda PAS Sabah dan rakyat) dan membahayakan kepada pengguna jalan raya terutamanya yang berbasikal, bermotorsikal dan kereta kecil. Kebarangkalian mereka terjatuh berisiko tinggi dan ini meresahkan penduduk Batu Sapi. Pihak JKR Sabah juga tidak berusaha menyelenggara projek tersebut walaupun aduan telah dilakukan.
Maka, saya mengesyorkan beberapa cadangan hasil pertemuan bersama penduduk sekitar;
1) Kementerian Kerja Raya mesti memastikan kontraktor yang dilantik menggunakan bahan yang sesuai untuk jalan yang digunakan oleh kenderaan berat, contohnya kontraktor yang membina jalan raya menuju Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang. Ia penting kerana geografi muka bumi Sabah yang berbukit bukau menjadikam jalan rayanya digunakan dengan kenderaan berat dan besar seperti pacuan 4 roda, lori, bas dan sebagainya. Sekaligus dapat menjimatkan perbendaharaan Negara daripada acap kali menyelenggara jalan raya yang tidak berkualiti di saat harga barang naik kecuali sayur kangkung sahaja yang turun!
2) Pihak JKR Sabah hendaklah melantik kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang baik, dan bukannya dari kalangan kroni untuk menyelenggara projek tinggalan kontraktor lama. Perkara ini sudah sinonim dengan BN. Mereka lebih mengutamakan kroni dalam pemberian kontrak daripada kredibiliti dan kualiti kontraktor tersebut. Hasilnya, projek yang dilaksanakan ibarat melepas batuk di tepi tangga. Kesannya kembali kepada rakyat yang menanggung kepayahan apabila kemudahan asas seperti jalan raya tidak sempurna.
3) Saya menyeru penduduk tempatan membuat laporan kepada SPRM untuk memulakan siasatan sekiranya berlaku penyelewengan duit peruntukan bagi pembinaan jalan tersebut. Kita tidak akan redha dan tidak akan diam apabila di saat rakyat tertekan dengan kos sara hidup menekan tetapi pemimpin BN sesuka hati memanipulasi wang rakyat demi kantung mereka kekal penuh.
Projek ini hanya salah satu contoh salah urus tadbir BN sebagai pemerintah. Belum lagi dibongkarkan lebih banyak lagi projek projek yang bermasalah, tidak siap dan terbelengkalai. Di Wilayah Persekutuan sendiri pelbagai projek yang bermasalah dan merugikan rakyat.
Teringat orang orang tua selalu sebut berkenaan UMNO dan BN. Mereka memuja BN kerana merekalah yang membina jalan, sekolah, jambatan, menyediakan itu dan ini. Tanpa BN, mereka merasakan Malaysia tidak membangun seperti sekarang.
Nah, sekarang BN bagaimana? Jalan raya tidak siap, jambatan roboh, stadium runtuh, harga barang naik, minyak naik, gula naik, tarif elektrik naik dan sebagainya.
Apa lagi kita boleh harap pada BN?
Ir. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-69777235966783152142014-01-20T13:35:00.000+08:002014-01-20T13:43:55.417+08:00Sabah Indah dan Subur Untuk Kerja Dakwah - Khalil
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bumi Sabah begitu indah dan subur untuk kerja-kerja dakwah.
Beliau menyatakan demikian menerusi facebook selepas lima hari meluangkan masa bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan di negeri itu.
“Sebelum pulang, saya berpesan kepada mereka bahawa saya berasa 'irihati' dengan mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk melakukan kerja-kerja jihad dakwah dengan penuh pengorbanan,” tulisnya.
Katanya, mereka sanggup bersusah-payah ke sana ke mari melalui jalan-jalan yang penuh berliku, meredah hutan belantara dan bukit bukau untuk menghidupkan program-program jamaah PAS.
Ini, tambah beliau khususnya apabila mengingatkan hadis Nabi s.a.w yang mafhumnya; penat lelah, langkah-langkah orang yang berjihad, naik turun gunung dan bukit, hatta debu-debu yang melekat pada tubuh mereka digantikan dengan pahala yang melimpah ruah di akhirat kelak.
“Semoga Allah mengurniakan keikhlasan di atas amalan yang kita lakukan. Teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabatku,” tulis beliau selanjutnya.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-72909792406081310782014-01-06T09:46:00.001+08:002014-01-06T09:46:05.610+08:00ISA: Episod Penderitaan Tahanan Berakhir
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini mendapat perkhabaran yang mengembirakan apabila episod penahanan enam (6) tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal berakhir apabila pembebasan tersebut diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 4 Januari lalu. Dengan pembebasan 6 tahanan terakhir ISA tersebut, maka tidak ada lagi penghuni Kem Kemunting setelah ribuan mangsanya ditahan dengan pelbagai 'alasan' sebagai bukti kukuh penahanan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut merakamkan kesyukuran dan kelegaan kerana dua (2) daripada tahanan terakhir ini adalah mereka yang menetap di Sabah. Penantian bertahun keluarga tahanan yang kehilangan insan tersayang akhirnya terlerai. Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melihat ini satu ujian dan pengorbanan besar berikutan kebobrokan akta yang disalah guna. Semoga, Allah membalas dengan kesabaran tinggi kepada mangsa dan keluarga yang terlibat.
Sejarah dan fakta jelas membuktikan bahawa akta ini tidak diuruskan dengan adil, tahan tanpa bicara, seksaan dalam tahanan turut menjadi ramuannya. Perdana Menteri telah mengumumkan pemansuhan akta ISA ini pada 2011 dan digantikan dengan akta yg lebih bersifat 'manusiawi'. Tunggu dan lihat sajalah, sama ada benar- benar dimansuh atau retorik semata dan akan ada lagi calon bakal penghuni Kemunting dengan 'kaedah' lain. Kerajaan yang terlalu lama bergelumang dengan kuasa seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sanggup melakukan apa saja untuk membolehkannya gah dengan kuasa.
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melahirkan ketegasan dan keprihatinan isu ini apabila bertindak menyerahkan memorandum kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Negeri Sabah pada 22 November 2011. Serahan tersebut diwakili Sdr. Mazlan Aliman, AJK PAS Malaysia dan Sdr. Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah bersama anggota keluarga mangsa tahanan. PAS juga turut menyerahkan memorandum yang sama kepada wakil Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Sdr. Syed Ibrahim Syed Noh pada 25 November 2011.
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan terus berazam mempertahankan prinsip keadilan dan menentang kezaliman selari dengan ajaran perjuangan Nabi Muhammad SAW.
MOHD MUKMIN MOHD AMIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-35861615257297640152013-12-30T19:09:00.003+08:002013-12-30T19:09:47.202+08:00Himpunan TURUN: Pemuda PAS Sabah Sedia TURUN
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia berhubung satu himpunan aman Gerakan Turun Kos Sara Hidup Rakyat atau singkatannya TURUN yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.
Apa yang menarik, kebimbangan beberapa kelompok tertentu yang mengaitkan himpunan tersebut sebagai cubaan untuk 'menggulingkan kerajaan' adalah bersifat daif dan dangkal yang boleh diibaratkan seperti 'bodoh sombong'. Apa yang jelas, taraf hidup rakyat semakin hari semakin meningkat. Ditambah dengan pelbagai kenaikan harga barang dan keperluan termasuk barangan keperluan harian, elektrik, dan sebagainya.
Inilah salah satu bentuk kezaliman yang dilakukan pemimpin ke atas rakyat. Dalam pada negara mengalami ketirisan perbelanjaan yang besar, mereka bermewah dengan penganjuran dan aktiviti yang membazir. Akibatnya, rakyat sama ada yang berpendapatan tinggi mahupun rendah diperah semahu-mahunya untuk mengembalikan keseimbangan ekonomi negara. Rakyat dinafikan peluang untuk menikmati kehidupan yang selesa dan makmur, rakyat disogok dengan alasan pelbagai cara termasuklah kononnya hendak men'transformasi'kan kualiti perkhidmatan.
Adalah disini, sebagai cabang dalam Parti Islam Se-Malaysia yang mendokong aspirasi Negara Berkebajikan dan Keadilan Untuk Semua, maka Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melaungkan nada yang sama dengan perjuangan rakyat dan anak muda dalam himpunan TURUN.
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut dimaklumkan bahawa Himpunan TURUN juga bakal diadakan di Sabah dan mengarahkan seluruh ahli pemuda sama ada di peringkat kawasan dan cawangan di seluruh Sabah untuk turun beramai-ramai di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu dan memakai pakaian hitam.
Perlu ditegaskan, himpunan ini bukan dirancang untuk menggulingkan kerajaan dan kita juga tidak ada masa untuk tujuan tersebut. Himpunan ini bagi menunjukkan solidariti PAS terhadap rakyat Sabah yang sememangnya sudah lama sengsara akibat dasar dan perintah yang menzalimi.
Kebebasan berhimpun adalah hak yang diperuntukkan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebagai rakyat yang menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan kami percaya ruang ini harus digunakan sepenuhnya bagi mempertegaskan suara penentangan terhadap kenaikan harga barang yang menindas penghidupan rakyat negara tercinta ini.
Oleh:
LAHIRUL LATIGU
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-8301317660875637442013-12-27T21:25:00.000+08:002013-12-30T19:11:07.313+08:00Lantikan Exco DPPM: Terima Kasih Beri Kepercayaan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diketuai oleh Sdr. Suhaizan Kaiat atas pembentukkan kabinet DPPM. Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah berharap dan juga percaya, kabinet yang dibentuk mampu membawa aspirasi dan sekaligus membentuk satu momentum yang tersendiri dalam meneruskan agenda perjuangan khususnya dalam usaha memasyarakatkan PAS dan memasarkan Islam di medan rakyat.
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah juga mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Sdr. Lahirul Latigu, Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah menganggotai barisan Ahli Jawatankuasa Kerja, Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2013-2015 ini dan sekaligus meneruskan legasi memimpin perubahan diperingkat Lajnah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.
Kami percaya bahawa, dengan kesungguhan dan komitmen di peringkat Pemuda PAS Malaysia yang begitu serius untuk melantik anak kelahiran Sabah bagi sama-sama berusaha dan menjadi penggerak utama sayap Pemuda PAS di peringkat Nasional dilihat satu prestasi yang tertinggi yang belum pernah dicapai dalam tahun-tahun dan sesi-sesi sebelum ini.
Masakan tidak, usia Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang kini sudah mencecah angka 27 tahun merupakan proses kematangan dalam usaha membina, merekrut serta mengetengahkan anak-anak Sabah sebagai 'ikon' kepada PAS bukan sahaja di Sabah malah diperingkat Nasional juga.
Sungguh, dua negeri ini perlu terus diberikan perhatian serius memandangkan ia bukan sahaja agak ketinggalan dalam aspek pembangunan, malah ianya perlu menerus menafikan istilah 'fixed deposit' buat kemenangan Barisan Nasional.
Sudah acap kali kita mendengar beberapa isu besar yang dikaitkan dengan Sabah dan Sarawak, namun ianya belum berjaya menjadi topik utama dalan merakyat perjuangan. Mungkin, inilah ruang dan peluang yang diberikan bagi mengetengahkan isu-isu dan perkembangan sosio-politik dan ekonomi bagi negeri Sabah dan Sarawak. Ianya tidak berakhir di meja perbincangan semata, malah ianya bakal mewajahkan semula landskap politik Malaysia pada satu hari nanti.
Dengan kepelbagaian kepakaran dan karisma tokoh-tokoh kepimpinan yang ada, maka Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mendoakan agar segala gerak kerja yang dirancang berada dilandasan dan senantiasa mendapat pertolongan dan keberkatan Allah.
"SABAH TANAH AIRKU"
MOHD MUKMIN MOHD AMIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-69515333784037180592013-12-22T00:05:00.001+08:002013-12-22T00:05:22.840+08:00GST Zalim, Bercanggah Dengan Konsep Keadilan Islam
KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015 jelas bersifat zalim dan tidak adil menurut konsep Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, GST ternyata bercanggah dengan konsep adil dalam Islam kerana mengenakan cukai kepada semua orang tanpa mengira kaya atau miskin.
"Perlu difahami konsep adil mengikut Islam (adalah) bukan semua orang kena. Konsep adil mengikut Islam (adalah) mereka yang mampu mengikut kemampuan masing-masing.
"GST ini, yang beli gula satu lori, yang beli gula satu kilogram, semua kena bayar cukai. Ini satu konsep yang salah," kata beliau sewaktu berucap di majlis pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.
Beliau juga menegaskan, kerajaan juga wajib menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat jika berlaku cukai yang melibatkan kenaikan harga barang keperluan asas yang diguna oleh semua golongan masyarakat.
"Sekiranya berlaku cukai yang menyebabkan kenaikan barangan keperluan orang ramai, maka kerajaan diwajibkan menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat yakni barang-barang keperluan mereka.
"Barang-barang keperluan rukun hidup, makanan harian mesti dikawal, pengangkutan ke sana ke mari mesti dikawal, elektrik yang digunakan semua orang mesti dikawal.
"Bukan barang rukun hidup ini diambil peluang untuk dinaikkan cukainya atas nama adil untuk semua. Ini satu konsep yang zalim mengikut Islam," kata beliau di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, sistem percukaian dalam sesebuah negara boleh dihapuskan apabila sumber negara sudah cukup untuk menampung kehidupan rakyatnya.
"Percukaian dalam Islam yang dikenakan termasuk kepada orang bukan Islam, sekiranya sumber negara sudah cukup maka beberapa cukai dihapuskan.
"Di sinilah Pakatan Rakyat pernah mencadangkan tol dihapuskan. Ini boleh buat.
"Tol dibayar kerana membayar kos pembinaan lebuh raya. Sudah tentu dalam masa puluhan tahun sudah cukup bayarannya.
"Mengapa dinaikkan lagi? Bukan nak bayar kos lebuh raya tapi nak bayar pada kerajaan yang tidak mampu mengendalikan kewangan," tegasnya.
Justeru tegasnya, Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang khas tergempar Parlimen bagi membincangkan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat.
"Malangnya sepatutnya keputusan yang dibuat kerajaan mesti melalui rakyat, melalui wakil-wakil yang dipilih. 51 peratus rakyat memilih Pakatan Rakyat (tetapi) tidak boleh mengalahkan 47 peratus yang menjadi kerajaan.
"Kita melihat demokrasi di negara barat yang sungguh-sungguh mendukung demokrasi. Ahli-ahli prlimen kerajaan boleh bangkang kalau kerajaan buat tidak betul. Apa yang berlaku semua ahli parlimen BN mesti menyokong apa yang dibuat oleh sesiapa sahaja kerajaan dia.
"Atas dasar nak memulihkan demokrasi inilah mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam ini meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas parlimen untuk membahaskan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat tanpa mengira kerajaan dan pembangkang. Biar ahli-ahli parlimen bebas memberi pandangan mereka. Yang betul kita sokong, yang salah mesti dilawan," katanya.
Turut berucap malam tadi ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad serta wakil-wakil NGO dan aktivis yang menentang pelaksanaan GST.
Semua yang hadir juga sebulat suara untuk menyertai Himpunan Amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini bagi menyambut tahun baru 2014 yang disifatkan sebagai tahun kesengsaraan rakyat.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-89318772619863326992013-12-20T14:28:00.000+08:002013-12-20T14:28:08.747+08:00JHEAINS Disaran Perkukuh Sistem Perbekalan Buku Sekolah Agama
KENYATAAN MEDIA
JHEAINS DISARAN PERKUKUH SISTEM PERBEKALAN BUKU SEKOLAH AGAMA
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) disaran untuk mengemaskini sistem perbekalan buku agamanya dalam memastikan mutu sekolah agama rakyat di negeri Sabah terus berjalan lancar.
Sistem perbekalan buku agama yang dibekalkan oleh JHEAINS kepada sekolah agama rakyat yang beroperasi menggunakan sistem pendidikan jabatan agama negeri agak sedikit bermasalah terutama kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi tahun 2014.
Pemuda PAS memahami langkah JHEAINS untuk mengadakan transformasi sistem perbekalan buku sekolah agama menggunakan konsep skim pinjaman buku teks secara menyeluruh pada tahun 2015. Namun, pihak JHEAINS sewajarnya melakukan transisi perubahan ke arah itu dengan lebih baik dan tidak mengalami masalah untuk membekalkan buku kepada semua sekolah agama di negeri Sabah.
Menjelang sesi persekolahan tahun 2014, ada beberapa buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang mengeluh dengan kehabisan stok buku agama untuk tahun 2014. Ini kerana bekalan yang tidak mencukupi untuk menampung permintaan beberapa buah sekolah agama di Sabah. Kita cukup khuatir ia akan menjejaskan aspek pengajaran di sekolah agama yang menjadi satu medium dalam mengilmukan masyarakat Islam di Sabah.
Pemuda PAS juga percaya bahawa masalah ini akan menjejaskan aspek pengajaran mutu di sekolah agama. Permasalahan terhadap perbekalan buku ini akan menimbulkan masalah yang lain dalam aspek pengajaran di dalam kelas terutama kepada guru-guru agama dan ianya lebih kronik jika kesannya akan dihadapi oleh pelajar terutama dalam aspek pemahaman terhadap teks dan ilmu agama.
Justeru itu, Pemuda PAS menyarankan JHEAINS untuk mengemaskini sistem perbekalan buku sekolah agama dan diharapkan segala permasalahan berkaitan hal ini akan selesai sebelum sekolah dibuka bagi sesi 2014 tahun hadapan.
Zaim al-Hilmee
Exco Dakwah dan Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-44898980445875785692013-12-15T10:24:00.001+08:002013-12-15T10:24:08.925+08:00PAS Pusat: Satu Penilaian Awal
Akhirnya suara Sabah didengari..!
Mungkin terlewat sikit komen saya, tapi saya rasakan komen ini perlu.
Amat perlu untuk memberikan “direction” atau arahpandu. Dalam pada Dewan
Pemuda PAS Malaysia masih belum memuktamadkan jawatankuasa mereka,
mungkin boleh juga mengambil inti bicara ini.
Apabila seorang wakil Sabah dilantik, bersama seorang wakil Sarawak
dalam Mesyuarat pertama PAS Pasca Muktamar ke-59, ini satu kejayaan.
Kejayaan dari tekanan yang kami usahakan dalam Muktamar. Saya ingat,
kami melalui PAS Kawasan Beaufort yang saya sebagai YDPnya cuba dengan
usul “gila-gila” iaitu Naib Presiden ke-4 untuk Sabah dan Sarawak.
Ideanya, kalau Naib Presiden tidak lekat paling tidak setiap negeri ini
mendapat wakil AJK masing-masing. Apatahlagi sewaktu gelanggang muktamar
dibuka, wakil Sabah terus menggempur gelanggang. Akhirnya bila saya
dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man yang usul kami akan dibincangkan diperingkat Jawatankuasa, saya
cukup teruja. Bila seorang Ahli Jawatankuasa dimaklumkan dilantik dari
Sabah, saya cuma mampu ucap Alhamdulillah. Mesej kami telah sampai..!
Mungkin ada yang lihat ini tidak lebih dari persaingan mendapat kerusi.
Adat orang tiada tempat, bising dan buat perangai untuk dapat
perhatian. Itu silap. Kalau setakat itulah asbabnya, tidak perlulah kami
terhegeh-hegeh. Kalau setakat mahu mengejar kerusi untuk kuota khas
Sabah dan Sarawak, menjadi penghadir mesyuarat yang setia dan penyampai
khabar berita dari pusat, lebih baik jawatan ini tidak perlu diadakan.
Tapi relevensi PAS di Sabah perlu direalisasikan di peringkat PAS
nasional. Kedudukan pemimpin Sabah dalam PAS Pusat akan memberi mesej
yang betul kepada rakyat Sabah. Kedudukan juga adalah saluran penting
bagi menghantar suara Sabah. Perjuangan terhadap hak Sabah mesti
diangkat diatas. Kepimpinan PAS Pusat terutamanya perlu menghadam inti
dan pati survival rakyat Sabah, agar tidak terbabas dan hilang punca.
Hilang punca bila diasak oleh isu-isu penting dari Sabah seperti Perkara
20, Perjanjian Malaysia, Polisi Kabotaj, Autonomi dan lain-lain.
Mungkin kita perlu menyoroti dan mempelajari perjuangan bekas Presiden
PAS, Dr. Burhanudin Al-Helmi yang begitu kental prinsipnya dalam
mempertahankan “nation building”. Beliau tegas menentang
neo-kolonialism, mempertahankn hak sepatutnya untuk Sabah dan Sarawak
peluang untuk berdiri atas kaki sendiri sebelum bergabung membentuk
Malaysia. Beliau menentang malah melalui Kerajaan PAS Kelantan telah
menyaman Kerajaan Malaysia pada 10 September 1963. Prinsip inilah yang
menyebabkan beliau merengkok dalam tahanan ISA sehingga mencabut kerjaya
politik hingga nyawa beliau.
Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia
Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia pada 16 September 1963, tapi
ia bergabung bersama Singapura dan Tanah Melayu membentuk Malaysia.
Antara bergabung dan menyertai, konotasinya berbeza..! Perkongsian kuasa
ini dimetrai dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang diperincikan melalui
Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan syor-syor dalam Laporan
Suruhanjaya Cabbold. Perjanjian inilah yang membentuk kerangka sebenar
negara Malaysia yang ada sekarang.
Kegagalan memahami kerangka
inilah menyebabkan kita masih tersilap langkah. Kita gagal memahami akar
masalah yang sebenar atau “root of the problem”. Umpama penyakit, kita
gagal memberi diagnose yang betul lantas memberi ubat yang salah..!
Malang lagi apabila kita menyediakan penyelesaian dari luar konteks,
lantas memberi signal yang salah kepada minda separa sedar orang Sabah
yang PAS juga hanya parti luar. Senang cerita, PAS ini Parti
Semenanjung, PAS parti Malaya. PAS belum sesuai di Sabah, ...bla..bla..
Inilah momokan yang masih belum mampu kita larutkan dalam survival PAS
di Sabah. Cabaran krisis keyakinan rakyat Sabah terhadap PAS. Polisi dan
penampilan PAS di Sabah masih belum cukup diyakini..! Dalam PRU-13
lepas walaupun ada peningkatan, namun ia tidak lebih dari kekuatan
pengaruh dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat Sabah.
Kita masih
skeptikal terhadap isu-isu kritis Sabah. Dalam isu Autonomi umpamanya,
walaupun DAP dan PKR telah bergerak jauh, di pihak kita masih ada
ragu-ragu dan gambaran yang ia seolah-olah memberi limpahan kuasa.
Daripada sesuatu yang tidak ada kepada ada. Ini satu pandangan yang
cukup naif..! Perlu diingat, Autonomi adalah perjuangan Sabahan menuntut
sesuatu yang menjadi hak dalam perjanjian perkongsian kuasa pembentukan
Malaysia yang telah lama dicabuli oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Autonomi Sabah telah lama wujud dalam bidang kuasa kerajaan negeri
seperti ada dalam bidangkuasa Imigresen, Perundangan, Tanah, Pentadbiran
dan Perkhidmatan Awam dan sebagainya. Ini telah jelas dalam terma-terma
perjanjian perkongsian kuasa ini.
10 Arahan Presiden
Sabah dan Sarawak mendapat perhatian termasuk 10 Arahan dalam Ucapan
Dasar Presiden pada Muktamar baru-baru ini. Antara petikan ucapan
tersebut;
“Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam
pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang
melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut dibina oleh
rakyat Sabah dan Sarawak. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak
perlu melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja
dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap pas dan
seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya
menjadi tempat bergantung mereka”.
Nampaknya, laluan telah
dibuka untuk bergerak ke arah itu. Persoalan utamanya, adakah kita ada
“Political Will” atau Kesungguhan Politik.? Adakah ada konsistensi
terhadap apa yang dilontarkan dengan apa yang mau dan bakal
dilaksanakan. Nah,tepuk dada tanya selera..! Kata orang, "untung sabut
timbul, untung batu tenggelam".
Rakyat sabah akan menanti dan memerhatikan.
Wassalam.
Penulis merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-83775258028261097692013-12-11T14:35:00.001+08:002013-12-11T14:35:21.924+08:00Penghargaan OKU Untuk PAS Sabah
Oleh: Mohammad Faizal Che Yusof
Tiada kata selain rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila program Prihatin
OKU yang dirancang oleh kumpulan muslimat Parti Islam Semalaysia (PAS)
Tawau sejak beberapa bulan lalu dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Segalanya bermula apabila seorang aktivis muslimat Tawau yang cukup
mesra dengan panggilan Kak Anna mula menghubungi kami di Sekretariat
Prihatin OKU sebaik selesai Pilihan Raya Kecil Kuala Besut.
Sepanjang
kami berada di Tawau, masa yang kami lalui cukup berharga. Saya cukup
teruja dengan persaudaraan yang terjalin antara jentera muslimat, pemuda
dan PAS kawasan seluruh Sabah yang bersungguh-sungguh menjayakan
program Prihatin OKU di sana. Tidak mampu saya ungkapkan setiap komitmen
kalian yang mudah-mudahan akan diganjari Allah SWT.
Sebaik saja
saya dan isteri berserta bapa menjejakkan kaki di bumi Tawau pada petang
6 Disember, setelah berehat sambil menjamu sup payau, kami terus dibawa
oleh Ustaz Rusli, salah seorang eksko pemuda ke tempat menginap di
Bandar Tawau. Hanya pada petang itulah saya diperkenalkan dengan Kak
Ana, seorang muslimat yang cukup gigih membawa suara OKU melalui PAS di
sana yang juga ditemani Timbalan Pengarah program yang juga merupakan
isteri Timbalan YangDipertua PAS Tawau, Puan Muliani Jamjam.
Sebelah
malamnya, selepas mengadakan perkongsian pengalaman dalam kuliah
maghrib di Masjid Kampung Muhibbah, sesi penerangan ringkas terus
dimulakan bersama Mantan Timbalan Pesuruhjaya Sabah, Haji Ahmad Bin
Dullah. Kak Ana telah memaklumkan kepada kami sekitar 40 orang telah
berdaftar untuk sama-sama hadir dalam program kami pada keesokan
harinya. Disebabkan program kali ini adalah kali pertama dianjurkan,
dapat saya rasakan betapa mereka begitu bimbang akan sambutan daripada
OKU dan masyarakat.
Pada pagi 7 Disember, sebaik memasuki bilik
Diraja, Majid Alkauthar di mana program diadakan, Alhamdulillah saya
dimaklumkan jemputan yang hadir melebihi sasaran. Seramai 75 orang
peserta yang terdiri dari ibu bapa dan OKU telah hadir dari segenap
kampung. Selain mereka, turut bersama menjayakan program sehari tersebut
ialah penggerak-penggerak PAS dari Tawau, Kalabakan, Lahad Datu dan
beberapa kawasan berdekatan.
Selain itu, cukup saya terharu bila
Naib Ketua Dewan Musliman PAS Negeri Sabah, Suzie Faezah Antong yang
cukup mesra dengan panggilan Kak Faezah, turut bersama sepanjang program
berlangsung. Komitmen beliau menempuh perjalanan 13 jam dari Kota
Kinabalu kerana hadir semata-mata ingin bersama kami cukup dirasai.
Perjalanan di Negeri Di Bawah Bayu ini bukanlah sama seperti perjalanan
di kebanyakan tempat di semenanjung.
Program Prihatin OKU
berjalan sejak pagi hingga ke waktu asar. Selain perkongsian pengalaman,
kami turut mengadakan sesi dialog dan soal jawab. Kehadiran pimpinan
dan penggerak PAS sepanjang program cukup bermakna. Selain menyaksikan
kelancaran program, mereka pastinya lebih memahami isu-isu yang didepani
oleh OKU dan keluarga bila mana berpeluang mendengar sendiri pelbagai
permasalahan yang dihadapi oleh OKU dan keluarga melalui sesi dialog
yang diadakan.
Bagi pihak hadirin yang terdiri dari ahli keluarga
OKU dan OKU sendiri, perhatian yang diberikan oleh pihak penganjur
begitu dirasai. Bukanlah mereka mengharapkan pemberian atau sumbangan,
memadai apabila ada pihak yang sudi berkongsi susah dan mendengar
keperitan hidup yang dilalui selama ini.
Pada sebelah malamnya
pula, selepas memenuhi jemputan kuliah maghrib di Majid Alkauthar, kami
bertandang pula ke Bandar Fajar tempat teletaknya pejabat PAS kawasan
Tawau. Seluruh pimpinan PAS termasuklah Haji Ahmad Dullah, Kak Faezah
dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tawau, Cikgu Nasir Che Ali, terus
mengadakan perbincangan dalaman ke arah mempergiatkan lagi usaha
prihatin OKU di Sabah umumnya dan Tawau khususnya. Sesi perbincangan
yang dipengerusikan oleh saudara Suhazman Sudirman tersebut cukup
memberangsangkan dengan suasana kekeluargaan. Sesi yang pada awalnya
dijangka cepat selesai, berlarutan selama hamper tiga jam.
Kesempatan
mendengar sendiri persoalan yang dilontarkan sepanjang sesi dialog pada
siang hari memberi pengertian dan kefahaman tersendiri kepada seluruh
penggerak dan pimpinan parti. Dapat saya rasa akan komitmen seluruh
penggerak PAS yang hadir bagi memastikan PAS terus mampu meneraju
usaha-usaha membela rakyat umumnya dan OKU khususnya.
Lebih dari
itu, kemanisan berjemaah begitu sekali terasa sepanjang kami di sana.
Biarpun berkunjung ke Pasar Gantung, Pasar Tanjung atau ke Pasar Tani
Sabindo cukup menyeronokkan, nyatanya berjuang di medan penuh sukar
dengan dokongan setiap para pejuang yang ikhlas kerana Allah jauh lebih
manis dan menggembirakan.
Dengan satu permulaan yang baik untuk
negeri Sabah umumnya dan kawasan Tawau khususnya, saya penuh harap agar
program Sekretariat Prihatin OKU akan terus diaktifkan pada masa
hadapan. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga PAS yang
telah bertungkus lumus menjayakan program sehari di sana. Seterusnya
saya mendoakan agar semarak Islam terus dapat dijelmakan melalui PAS
agar rahmatnya dapat dirasai oleh setiap insan yang amat memerlukan.
Kepada
sahabat-sahabat di Kota Kinabalu, Kalabakan, Lahad Datu dan
kawasan-kawasan lain, iltizam kalian untuk menurut jejak langkah yang
telah dimulakan amat kami hargai. Semoga kesungguhan pimpinan dan
jentera PAS Sabah dapat diikuti oleh PAS negeri-negeri lain bagi
memastikan setiap OKU dan ahli keluarga merasai nikmatnya Islam melalui
perjuangan Parti Islam Semalaysia.
Penulis ialah Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-58935528630617938742013-12-08T23:50:00.001+08:002013-12-08T23:50:42.286+08:00Kenapa UMNO Masih Memimpin Kita? – Aspan Alias
Ramai kehairanan kenapa Umno dan BN masih berkuasa walaupun berbagai
isu dan kelemahan yang kita ketahui dan sedang diratapi oleh umum.
Pimpinan Umno tidak mahu berubah kerana mereka yakin rakyat tidak
memahami isu buruk mereka dan akan terus diberikan kuasa terhadap mereka
walau seburuk mana perangai dan sikap mereka.
Kekurangan kesedaran orang Melayu yang masih menyokong Umno itu
sebenarnya diperkuatkan oleh kegagalan pembangkang juga. Malahan
pembangkang sebenarnya yang menambah kelemahan dan sikap tidak mahu
berubah orang Melayu, khususnya ahli-ahli Umno, yang dianggap
pembangkang sebagai bebal itu.
Itu sebabnya saya tidak pernah menggunakan istilah kasar-kasar terhadap
Umno walaupun selemah mana pun pemikiran pemimpin mereka kerana mereka
juga tidak mahu terjebak dalam situasi keluar daripada "mulut buaya
tercampak pula dalam mulut naga". Isu yang membuatkan pembangkang
mendapat kerusi kemenangannya itu bukannya sokongan terhadap parti
pembangkang itu 100%.
Mereka mengundi pembangkang kerana rasa marah dan geram mereka terhadap
Umno itu. Setelah pilihan raya berlalu ramai yang saya temui melalui
perjumpaan-perjumpaan kecil yang mereka marah dengan Umno tetapi
bolehkah pembangkang menyejukkan jiwa mereka? Saya telah menyebut
tentang kekuatan persepsi terhadap sesuatu pertubuhan atau kumpulan itu
adalah terletak kepada manusia yang memimpinnya.
Pembangkang masih tidak mempunyai pemimpin yang sebenarnya “viable”
untuk dijadikan pemimpin utamanya. Pembangkang sekadar mempunyai
pemimpin yang boleh menggerakkan untuk mengumpulkan manusia yang tidak
berpuas hati terhadap kepimpinan yang menyandang kuasa kerajaan
semata-mata.
Rakyat tidak mahu seorang pemimpin utama yang masih menjadi persoalan
dalam hal peribadinya kerana kekurangan dalam imej dan persoalan
peribadi merupakan persoalan yang utama dalam memilih pemimpin utama
kerajaan. Rakyat sedang berada dalam keadaan serba salah. Itu sebab
mereka terpaksa juga mengekalkan kepimpinan yang mereka tidak suka untuk
memastikan peralihan kepada pihak lain itu tidak menjadi pilihan yang
silap lagi.
Pihak pembangkang juga tidak menunjukkan kesatuan yang erat di antara
pemimpin utamanya dan semakin hari semakin jelas Anwar tidak mempunyai
kemampuan untuk memberikan keyakinan untuk menjadi pimpinan alternatif.
Keadaan ini tidak menampakkan penambahbaikan dan jika ditimbang-timbang
kerajaan tetap berada di tangan Umno lagi di dalam pilihan raya akan
datang.
DAP adalah parti yang sudah sampai ke peringkat “saturation” dan parti
itu sudah memenangi semua kerusi yang sepatutnya dimenanginya. Parti ini
sudah sampai ke tahap optima dan graf kemajuannya tidak mudah untuk
menunjukkan kenaikan selain penurunan selepas ini. Sokongan orang Melayu
terhadap parti itu tidak mungkin menaik lagi dan pilihan raya yang
lepas merupakan sokongan Melayu tertinggi kerana keadaaan Umno dan BN
yang sedang dalam ketenatan semasa itu.
Lagi pun DAP mempunyai masalah dalaman dan kesahihan serta “legitimacy”
barisan kepimpinan parti itu masih belum jelas selagi pendaftar
pertubuhan belum lagi menentukannya. Sedikit kuasa yang mereka rasai di
Pulau Pinang telah menunjukkan sikap parti itu sebenarnya dan sikap itu
tidaklah seperti yang mereka laungkan selama 46 tahun lalu.
Ramai berpendapat, termasuk dikalangan rakan-rakan kaum Cina saya
berkata, “DAP has tasted a bit of blood, and the party does not show
much difference than PKR and UMNO. I think some Chinese are going back
to MCA and some of the Malays’ support is back to BN. If they remain
against UMNO, they have only one choice i.e to support only PAS.”
Bagi saya DAP tetap parti kaum Cina dan ramai tidak menerima parti itu
sebagai parti “multiracial” seperti yang mereka laungkan. Pelbagai cara
ramai orang Melayu untuk memujuk hati untuik mengatakan parti itu
sebuah parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak nampak sebarang
“attribute” sebagai apa yang terkandung dalam perlembagaan parti itu.
Semalam semasa saya bertemu dengan 30 orang yang memanggil saya untuk
memberikan pandangan kepada kumpulan sebuah taman perumahan, ada dua
orang yang bangun berkata, “How can DAP rests its laurel on one Malay
Law-Maker and claims to be multiracial? It’s too deceiving man..” Saya
tidak dapat menjawab soalan itu. Saya bersetuju dengan seorang lagi yang
hadir yang berpendapat, “DAP should remain as an opposition party as
the party is doing splendid job as an opposition. Just give what is best
for them.”
Situasi paparan saya ini adalah penyebab yang menjadikan Umno itu masih
tidak dapat ditolak oleh kebanyakkan orang Melayu dan ia tetap akan
menjadi begini selagi pembangkang tidak memperbaiki diri dan jujur dalam
perjuangan dan niatnya untuk negara.
Permainan “kong kalikong” diantara parti-parti dalam PR itu tidak akan
membawa mereka kemana-mana. Mungkin PAS boleh memperbaiki keadaannya
dengan mudah jika parti itu melakukan tindakan yang pernah mereka lalui,
iaitu mula bercakap dengan parti lain atau individu-individu penting
dalam negara ini. Ini adalah untuk masa depan manusia dan bangsa yang
mereka perjuangkan dengan benar-benar melaksanakan perjuangan Islam
untuk kepentingan semua bangsa itu.
Yang penting untuk mendapatkan pemimpin yang merupakan individu yang
boleh diharapkan untuk mendapatkan sebuah negara yang bebas dari elemen
hina seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa keterlaluan, serta pemimpin
yang tahu asas keagamaannya.
Perjuangan ini wajar dilakukan oleh semua pihak kerana negara kita
kekal, yang tidak kekal itu kita kerana semua diantara kita akan kembali
ke asal dan Pencipta kita. Negara kita yang kekal ini wajar diberikan
jaminan yang ia berada dalam keadaan yang menyamankan bagi generasi yang
akan datang untuk hidup semasa kita semua sudah tiada.
Malahan jika usaha dan perjuangan ini timbul daripada naruni yang
bersih kita juga boleh membawa bersama bekalan untuk kita sendiri di
alam lain yang kekal nanti.
Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-44221650195877534362013-12-07T18:41:00.002+08:002013-12-07T18:42:45.525+08:00Tarif Elektrik: Rakyat Sabah Tanggung Beban Berganda
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah membantah kenaikan tarif
elektrik kerana penstrukturan kenaikan 15 peratus iaitu dari 25.50
sen/kwj kepada 29.25sen/kWj tarif elektrik di Sabah dan Labuan baru saja
dilakukan pada 15 Julai 2011.
Malah, kata ketuanya, Lahirul
Latigu kenaikan terbaru yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili adalah mendadak iaitu 16.9
peratus berbanding 14.89 peratus di Semenanjung.
“Kenaikan ini
sudah pasti akan membebankan. Pengguna akan terpaksa membayar bil yang
lebih tinggi bagi setiap penggunaan elektrik,” ujarnya dalam satu
kenyataan, sebagaimana di bawah.
Pemuda PAS Sabah memandang serius terhadap pengumuman kenaikan tarif
elektrik akibat daripada semakan terhadap subsidi elektrik dan gas oleh
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.
Kenaikan tersebut adalah sebanyak 14.89 peratus atau
4.99 sen sekilo watt kepada 38.53 sen/kwj di semenanjung manakala
kenaikan 16.9 peratus atau 5 sen KW kepada 34.52 sen/kwj yang akan
berkuatkuasa pada 1 Jan 2014.
Pemuda PAS Sabah membantah
kenaikan tersebut kerana penstrukturan kenaikan 15 peratus iaitu dari
25.50 sen/kwj kepada 29.25sen/kWj tarif elektrik di Sabah dan Labuan
baru saja dilakukan pada 15 Julai 2011. Malah kenaikan terbaru yang
diumumkan oleh menteri terbabit adalah mendadak iaitu 16.9 peratus
berbanding 14.89 peratus di Semenanjung.
Kenaikan ini sudah
pasti akan membebankan. Pengguna akan terpaksa membayar bil yang lebih
tinggi bagi setiap penggunaan elektrik. Walaupun dimaklumkan 62 peratus
tidak berada dalam kategori penyelarasan tersebut, tetapi ada baki 38
peratus atau 158,000 pengguna adalah mereka yang akan terkesan secara
langsung. Ditambah kos hidup yang tinggi, terutamanya di bandar-bandar
utama kenaikan tarif letrik ini sudah pasti akan tambah menyukarkan
kehidupan.
Namun apa yang dibimbangi ialah, kenaikan ini pasti
akan menyebabkan tekanan kos pengeluaran terhadap pemain industri.
Sebarang kenaikan kos sudah pasti akan mendorong kepada kenaikan harga.
Dan, pada tahap ini seluruh rakyat di Sabah akan menerima kesan daripada
kenaikan tersebut. Malah yang amat dibimbangi ialah rakyat Sabah akan
menanggung beban berganda akibat dari kenaikan tersebut..!
Sepatutnya, kementerian perlu memberi fokus terhadap pembaikan servis
terlebih dahulu. Di Sabah, penyedia bekalan elektrik SESB (Sabah
Electricity Sdn Bhd) lebih sinonim dengan panggilan "Sabah Electricity
Sure Blackout" kerana masalah gangguan bekalan elektrik masih menjadi
masalah utama. Indeks Sistem Purata Gangguan (SAIDI) masih tinggi pada
557 minit/pengguna pada 2012 walaupun terdapat penurunan berbanding 2867
minit pada tahun 2009. Ini cukup jauh dibandingkan di Semenanjung yang
telah mencapai kecekapan tahap bawah 100 minit iaitu 66 minit pada 2009
lagi. Keadaan ini lebih kritikal apabila 23% kawasan pedalaman di Sabah
masih tidak mempunyai liputan bekalan elektrik menurut Laporan Rancangan
Malaysia Ke-10.
Kenaikan ini sudah pasti memberi lebih
keuntungan kepada Syarikat IPP atau Penyedia Tenaga Bebas. Pergantungan
masih tinggi terhadap IPP ini dengan daripada 785MW keseluruhan
keupayaan penjanaan SESB, 314MW adalah dijana oleh IPP bermakna kerajaan
terpaksa membayar sumber subsidi yang tinggi untuk menampung
syarikat-syarikat ini.
Alasan kenaikan gas asli tidak boleh
diterima kerana Sabah adalah antara pengeluar petroleum yang utama. Data
yang diperolehi pada tahun 2011 mencatatkan hasil petroleum yang
dikeluarkan dari perut bumi Sabah adalah sebanyak RM16.24 billion.
Kenapa tidak dikembalikan manfaat hasil dari bumi Sabah ini kepada
rakyat Sabah walau sedikitpun..?
Rakyat di Sabah sudah lama
terbeban dengan kos hidup yang tinggi akibat dasar dan polisi berat
sebelah UMNO dan Barisan Nasional. Polisi Kabotaj umpamanya telah lama
menekan harga barang lebih tinggi berbanding di Semenanjung. Menerusi
polisi inilah rakyat Sabah akan merasai kesan berganda kerana
barang-barang terpaksa menghadapi tekanan kos akibat kenaikan tarif
elektrik di semenanjung, seterusnya tekanan kos akibat kenaikan tarif di
Sabah juga berlaku setelah sampai di sini. Ditambah pula dengan
kenaikan harga minyak dan terbaru cukai GST yang bakal menyusul,
nampaknya kehidupan di Sabah akan menjadi bertambah sukar..! Inilah
mungkin 'hadiah' kepada rakyat Sabah setelah memberi undi yang besar
mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya ke-13 lepas.
Menteri, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili selaku Ahli Parlimen Sabah dari
Kota Marudu sepatutnya berasa malu kerana tidak berupaya menjalankan
tugasnya menjaga kepentingan rakyat Sabah. Pemuda PAS Sabah menasihatkan
agar beliau berundur jika tidak mampu lagi mempertahankan hak rakyat
yang diwakilinya.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-36265558766230983042013-04-08T12:28:00.001+08:002013-04-08T12:28:26.127+08:00Belia Kota Belud Diajak Buat Perubahan
KOTA BELUD: Anak muda dan belia di negeri ini, khususnya di Kota Belud di ajak membuat perubahan dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Kota Belud, Awang Laiman Ikin berkata, Barisan Nasional terlalu banyak kelemahan sehingga menyebabkan keamanan dan keselamatan negara tergugat dalam pelbagai isu termasuklah rasuah, masalah sosial dan kerapuhan benteng pertahanan dan kedaulatan negara sehingga mudah dibolosi pengganas seperti insiden pencerobohan di Lahad Datu.
“Barisan Nasional banyak kelemahan sehingga negara hari ini menghadapi pelbagai isu iaitu rasuah, gejala sosial dan isu keselematan di Lahad Datu,” ujar beliau yang juga Setiausaha PAS Sabah.
Beliau berucap ketika menghadiri Kejohanan Sepak Takraw peringkat daerah Kota Belud yang dianjurkan oleh Jabatan Amal PAS Kota Belud di sini, kelmarin. Johan dalam kejohanan tersebut dimenangi oleh belia Kampung Bobot dan Kampung Jawi-jawi sebagai Naib Johan manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Suang Punggur. Perasmian dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling.
Dalam perkembangan lain, PAS kawasan itu turut menyerahkan sumbangan sekampit beras kepada 130 penduduk di Kampung Ambong, dekat sini.
Yang DiPertua PAS Kota Belud, Mustakim Aling berkata, PAS komited dalam merealisasikan agenda Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam membina sebuah negara dan rakyat yang penyayang.
“PAS berkomitmen untuk merealisasikan konsep Negara Berkebajikan dan manifesto Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui juga mempunyai kesamaan dengan konsep tersebut,” jelas beliau.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-80065539685515308672013-04-08T12:26:00.000+08:002013-04-08T12:26:11.928+08:00BN Lancar Manifesto, Rakyat Sertai PAS
KOTA KINABALU: Kurang 24 jam selepas Barisan Nasional melancarkan manifestonya, PAS Kawasan Sepanggar tidak menunggu lama terus mencipta sejarah dengan menambah ahli baru khasnya di Dun Karambunai apabila hampir 100 anak muda dan penduduk kampung beramai-ramai menyertai PAS.
Borang tersebut diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu Majlis Perasmian Bilik Gerakan PAS Cawangan Unggun Jaya, dekat Menggatal di sini petang kelmarin.
Penyertaan beramai-ramai itu menurut Yang DiPertua PAS Sepanggar, Ali Hassan merupakan satu pukulan maut kepada Barisan Nasional terutama di negeri ini dan sekaligus merebahkan kubu kuatnya di Unggun Jaya ini.
“Ketika mereka melancarkan manifestonya, rakyat bertindak keluar dan menyertai PAS. Ini merupakan petanda awal bahawa kejatuhan Umno dan Barisan Nasional akan berlaku,” ujar beliau.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling, Timbalan Yang DiPertua PAS Sepanggar Asfar Akhbar dan barisan kepimpinan PAS peringkat kawasan Sepanggar serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.
Mohamad Sabu ketika berucap turut memberikan penerangan berkaitan isu semasa dan penjelasan mengenai dakwaan Umno terhadap Pakatan Rakyat.
“Kalau ada 10 yang ditanya, maka 11 tidak akan undi Barisan Nasional,” sinis beliau.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-31147205633346573082013-03-31T10:23:00.000+08:002013-03-31T10:23:21.294+08:00PAS Sedia Makan Tengahari Kepada Mangsa Kebakaran
SEPANGGAR: Seramai 1,774 mangsa kebakaran di Kampung Numbak, dekat sini pada Rabu lalu terus mendapat perhatian dan tindakan segera daripada pihak PAS.
Menurut Yang DiPertua PAS Sepanggar, Ali Hassan berkata, pihaknya turut bergotong-royong menyediakan makanan tengahari selama tiga hari bermula kelmarin kepada penduduk terlibat.
“Kita turut menyediakan menu makanan tengahari kepada penduduk terlibat selama tiga hari bermula Jumaat lalu hingga Ahad ini.
“Ada yang masih berada di kawasan sekitar sehingga menunggu pusat penempatan sementara dibuka bagi menempatkan mereka. Justeru, kita mengambil langkah ini bagi meringankan bebanan mereka,” ujarnya.
Dalam kejadian itu, hampir 263 buah rumah atas air berkenaan musnah dalam kebakaran.
Api dikatakan merebak dengan cepat ke seluruh perkampungan disebabkan tiupan angin kencang dan kedudukan rumah-rumah yang berdekatan.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Sabah yang diketuai Pesuruhjaya, Aminuddin Aling turut mengambil peluang meluangkan masa bersama mangsa kebakaran dan sempat menyediakan makanan tengahari selain mengedarkan sumbangan.
PAS katanya, turut melancarkan Tabung Mangsa Kebakaran Numbak dengan mengajak kepada para dermawan, warga korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang terus ke akaun Bank Islam 10016010082855 (PAS Sabah) atau menghubungi Amiruddin Mohd Rosdi, Setiausaha Kerja di talian 010-9414317.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-92157811974445309352013-03-28T09:42:00.000+08:002013-03-28T09:42:00.591+08:00Pemuda PAS Lawat Penempatan Sementara Lahad Datu
LAHAD DATU: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) semalam membuat kunjungan ke kem penempatan sementara penduduk Lahad Datu yang berdepan pencerobohan pengganas di kawasan mereka sejak sebulan lalu.
Kunjungan tersebut diketuai ketuanya Nasrudin Hassan bersama Setiausaha Khairul Faizi Ahmad Kamil dan turut disertai Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang diketuai Lahirul Latigu.
Rombongan tiba di penempatan sementara di Felda Sahabat petang semalam dan meluangkan masa dengan penduduk dan anggota keselamatan sehingga lewat malam.
Dianggarkan lebih 1450 penduduk masih lagi menetap di empat kem penempatan sementara menunggu suasana kembali pulih seperti sedia kala.
Dalam kunjungan itu, mereka turut menyampaikan bantuan hasil sumbangan orang ramai berupa makanan, makanan basah, keperluan belajar kepada anak-anak dan peti sejuk beku untuk tujuan penyimpanan barang basah.
"Antara keperluan anggota petugas JPA yang mencecah 200 orang satu masa ialah sleeping bag, khemah tidur kapasiti dua orang dan untuk kem penempatan pula ialah bahan makanan basah seperti ikan dan daging.
"Semalam kita dah belikan peti sejuk beku untuk dihantar ke sana sebab ia adalah keperluan mendesak untuk simpan bahan basah," kata Nasrudin.
Rombongan mereka juga turut diberikan taklimat gerakan oleh Kol Abdul Wahab Rahim.
Selesai menyantuni penduduk dan menyampaikan bantuan, rombongan DPPM juga turut meninjau kawasan termasuk pertemu dengan anggota keselamatan yang berkawal di sekitar Lahad Datu.
Selain mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini keadaan di sana, mereka juga turut menyampaikan sumbangan berupa air minuman kepada anggota yang bertugas.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-70726151951320769442013-03-22T14:41:00.002+08:002013-03-22T14:41:43.225+08:00Kajian: Orang Muda Bakal Penentu PRU 13
PETALING JAYA: Pengundi pertama kali dan pengundi muda dijangka akan menjadi pengundi penentu dalam Pilihan Raya ke 13 apabila jumlah mereka 24.6 peratus dari semua pengundi.
Angka ini adalah paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di negara ini, kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Sufian dalam satu seminar dekat sini semalam.
Menurut Ibrahim, pengundi muda pula dianggarkan 25 peratus dari jumlah pengundi yang berdaftar sehingga bulan Disember 2012.
Pengundi di bawah 30 tahun dalam daftar kali ini adalah 27 peratus dan dibawah 40 tahun adalah 52 peratus.
Profesor Dr. Ridhuan Othman pula dalam kajian Pusat Kajian Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) berkata, 21 peratus pengundi di negara ini belum membuat keputusan siapa yang akan mereka pilih dalam pilihan raya ini nanti.
Dari 21 peratus itu pula, 53 peratus adalah berbangsa Cina dan 37 peratus Melayu.
Dari segi umur pula, 51 peratus dari mereka adalah berumur 21 - 30 tahun manakala dari segi pendidikan pula, 49 peratus dari mereka adalah pemegang ijazah.
48 peratus dari mereka yang belum membuat keputusan ini adalah pengundi pertama kali, kata Ridhuan yang menjadi penal dalam seminar itu.
Data ini diperolehi berdasarkan kajian UMCEDEL dua bulan lalu (Januari) melalui kajian bersemuka dengan 1,409 respondan, beritahu Ridhuan.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-24903003074196580072013-03-19T08:55:00.004+08:002013-03-19T08:55:57.123+08:00PRU13: PAS Lancar Web Khas Dan hijau.fm
KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) membangunkan satu laman web PRU13 untuk menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan dengan PAS bagi Pilihanraya Umum ke-13 melalui capaian http://pru13.pas.org.my
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laman PRU13 ini akan diisi dengan maklumat-maklumat seperti biodata calon-calon Dun dan Parlimen yang PAS bertanding serta berita-berita dan aktiviti pilihanraya yang berkaitan yang dihubungkan dengan laman web induk, PAS yang boleh dicapai melalui http://www.pas.org.my
Katanya, selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan media baru yang telah sedia ada sebelum ini seperti webtv, facebook dan twitter, mulai 16 Mac juga Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Jabatan IT PAS Pusat menerusi Urusetia Media Baru (UMB) telah memulakan perkhidmatan radio internet di bawah jenama Hijau.fm dengan menyiarkan liputan Xpresi Ulama Muda dari Gunung Semanggol.
”Radio hijau.fm ini boleh dilayari menerusi http://www.hijau.fm akan beroperasi 24 jam sehari untuk menyampaikan maklumat-maklumat khususnya berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat serta program-program dan aktiviti-aktiviti pilihanraya setelah parlimen dibubarkan,” ujarnya.
Menurutnya, mulai 16 Mac laman utama PAS versi2 juga dipertingkatkan dari menggunakan aplikasi Joomla 1.5 kepada Joomla 2.5 dengan design baru yang lebih segar untuk menyebarkan maklumat-maklumat parti dan kenyataan-kenyataan rasmi sebagai rujukan semua pihak yang berminat.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-18088941378476389412013-03-18T13:08:00.001+08:002013-03-18T13:08:20.237+08:00Lahad Datu: PAS Hargai Pengorbanan Wira Negara
KOTA KINABALU: PAS hari ini menyalurkan sumbangan sebagai menghargai jasa anggota keselamatan yang terkorban dalam misi mempertahankan negara daripada pengganas yang menceroboh Sabah.
Sumbangan sebanyak RM10,000 itu diserahkan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang mewakili PAS Pusat kepada wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu Inspektor Yusof Abdul sebentar tadi.
Majlis penyerahan sumbangan itu dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Sabah di sini yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling.
Salahudin pada sidang media selepas itu berkata, sumbangan dari pihak PAS itu sebagai menghargai jasa wira negara yang telah terkorban dalam insiden itu.
"Mewakili PAS Pusat, kita sampaikan bantuan kepada anggota yang telah terkorban.
"Selain berkongsi rasa simpati, sumbangan ini juga sebagai mengiktiraf dan menghargai jasa besar anggota keselamatan yang telah mempertahankan negara sehingga mereka terkorban," katanya.
Sehingga kini, sepuluh anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Februari lalu.
Salah seorang dari mereka maut akibat kemalangan jalan raya ketika menghantar bekalan makanan kepada rakan-rakan yang menyertai misi Operasi Daulat di Lahad Datu.
Operasi memburu penceroboh bersenjata kini masih giat dijalankan dan sehingga kini seramai 57 orang dari kumpulan itu telah ditembak mati oelh pasukan keselamatan Malaysia.
Presiden PAS sebelum ini mengeluarkan arahan kepada seluruh ahlinya agar mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan anggota yang sedang bertugas dalam operasi membasmi saki-baki penceroboh tersebut.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-69896169623119161752013-03-15T15:01:00.000+08:002013-03-15T15:01:07.213+08:00Pemuda PAS Lancar Kempen ‘Keamanan Untuk Sabah’
KOTA KINABALU: Insiden pencerobohan di Lahad Datu yang semakin meruncing dengan perkembangan terbaru melibatkan dua anggota tentera Malaysia terbunuh telah menyuntik semangat cintakan keamanan di seluruh negara.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah melancarkan kempen ‘Keamanan Untuk Sabah’ kelmarin dengan memberikan fokus kepada perpaduan serta kemakmuran kepelbagaian etnik dan budaya yang sekian lama disematkan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, kempen itu akan menggerakkan seluruh pemuda PAS setiap kawasan bagi memberikan gambaran dan menarik golongan belia untuk mencintai keamanan negara yang setelah sekian lama dikecapi.
“Kita sudah merdeka hampir 50 tahun, sejak dari itu segala kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati hingga ke hari ini merupakan titik usaha perpaduan kaum dan etnik yang dibawa oleh ibu-ibu dan bapa-bapa kita terdahulu.
“Oleh yang demikian, sebagai generasi pewaris Negara, kita mestilah mempertahankan kemakmuran ini demi anak cucu kita pula yang mana mungkin mereka akan mempersoalkan tindakan ibu bapanya yang gagal mempertahankan keamanan negara ini daripada tangan-tangan penderhaka negara yang cuba merobek semangat patriotisme rakyat,” ujarnya.
Sehubungan itu, Lahirul menggesa agar rakyat khususnya anak muda mengenepikan perbezaan politik, kepercayaan dan bangsa dengan membangkitkan semangat patriotisme demi mempertahankan keamanan negara.
“Hari ini, kita melancarkan kempen ini bagi memberi kesedaran kepada rakyat khususnya anak muda bagi sama-sama menghargai dan mencintai keamanan Negara,” jelas Lahirul.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-50251945563576089112013-03-13T17:13:00.003+08:002013-03-13T17:13:41.117+08:00Kenyataan Media Majlis Pakatan Rakyat Sabah Mengenai Isu Pencerobohan Di Lahad Datu
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PAKATAN RAKYAT SABAH MENGENAI ISU PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU
Tarikh: 12 Mac 2013
Terlebih dahulu, Majlis Pakatan Rakyat Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga perwira negara serta berdoa semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan kami berdoa agar mereka yang tercedera cepat sembuh. Hari ini pada 12 Mac 2013, Majlis Pakatan Rakyat Sabah telah mengadakan mesyuarat khas membincangkan tragedi pencerobohan di Lahad Datu.
Justeru itu, selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah, kami telah membuat keputusan secara sebulat suara dan menuntut seperti berikut.
Majlis Pakatan Rakyat Sabah:
Meminta Kerajaan Pusat memberikan penjelasan kenapa kumpulan penceroboh dapat membolosi sistem pertahanan negara dengan begitu mudah di Sabah.
Mendesak Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri membentangkan kertas putih dalam Sidang Dewan Undangan Negeri secepat mungkin. Majlis Pakatan Rakyat Sabah menyokong tindakan ADUN DAP Sri Tanjung YB Jimmy Wong Sze Phin yang meminta sidang Dewan Undangan Negeri khas diadakan dengan segera.
Menyokong keputusan Pakatan Rakyat Pusat untuk mendesak sidang khas Parlimen dijalankan bagi membincangkan isu pencerobohan ini.
Mendesak diadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan kerajaan negeri dengan pimpinan pembangkang dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.
Meminta Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak menjelaskan agenda sebenar pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pihak-pihak yang mendakwa mereka itu “Sultan Sulu” atau wakil-wakil mereka yang dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO dan majlis-majlis lain.
Meminta kerajaan pusat dan negeri untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah status tuntutan kesultanan di atas sebahagian negeri Sabah dan kenapa bayaran tahunan masih diteruskan.
Mendesak supaya Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Dato Seri Hishammuddin Hussien selaku Menteri Dalam Negeri & Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan dan Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri untuk meletak jawatan di atas kegagalan mereka menghalang dan menangani tragedi ini sehingga menyebabkan nyawa perwira Negara terkorban, kerosakan harta benda dan ekonomi terjejas.
Menafikan tunduhan Ketua Pembangkang – Dato Seri Anwar Ibrahim adalah dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu.
Sdr. Ahmad Thamrin Jaini
Pengerusi PKR Sabah selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah
YB Jimmy Wong
Pengerusi DAP Sabah
YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin
Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)
YB Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing
Presiden Angkatan Perubahan Sabah (APS)
Sdr. Aminudin Aling
Pesuruhjaya PAS Sabah
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-21827523341530468172013-03-13T07:01:00.001+08:002013-03-13T07:01:15.485+08:00Lahad Datu: Korban Terbaru, PAS Ucap Takziah
KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang menjadi korban terbaru dalam misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS mendoakan Allahyarham memperoleh ganjaran setimpal dari Allah atas tugas mulia mempertahankan negara.
"Saya merakamkan takziah kepada keluarga seorang tentera Malaysia yang menjadi korban terbaru di Sabah dalam insiden tembak menembak pagi tadi.
"Saya dimaklumkan Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa.
"Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan melalui Facebook petang ini.
Seorang lagi wira Malaysia terkorban di Lahad Datu. Takziah buat keluarga Prebet Mohd Hurairah dari Kelantan yang bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Dalam insiden pagi tadi, Mohd Hurairah yang berasal dari Kelantan dan bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah terkorban ketika bertempur dengan penceroboh di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini.
Dalam pertempuran itu juga, tiga orang penceroboh turut ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.
Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.
Korban terbaru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan yang terkorban seramai sembilan orang dipihak penceroboh seramai 57 orang.
Allahyarham Prebet Mohd Hurairah merupakan anggota tentera pertama yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-71781238342483192502013-03-12T06:49:00.001+08:002013-03-12T06:49:24.663+08:00Ambil Iktibar Insiden Lahad Datu - Syura PAS
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS mahu semua pihak mengambil iktibar dengan insiden pencerobohan bersenjata yang berlaku di Sabah.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh mengharapkan, insiden seperti itu sebolehnya tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan kerajaan Malaysia perlu memastikan kawalan keselamatan negara pada tahap terbaik.
"Majlis Syura Ulamak menganggap kewajipan menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Majlis Syura Ulamak juga menentang sebarang ancaman keselamatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, samaada dari dalam mahupun luar negara.
"Majlis Syura Ulamak menyarankan agar Kerajaan Malaysia memastikan tiada lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara di masa hadapan. Jika berlaku juga, Majlis Syura Ulamak mendesak agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan lebih segera, agar keselamatan rakyat dan negara terjamin," katanya.
Pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah sejak sebulan lalu telah menyaksikan lapan anggota polis terkorban ditangan kumpulan tersebut.
Di pihak penceroboh bersenjata itu pula, seramai 54 orang mati di tangan anggota keselamatan manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit.
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
Dalam pada itu, Majlis Syura Ulamak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dan menganggap mereka wira negara.
"Kita memandang serius peristiwa Lahad Datu dan merakamkan doa dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa," kata Zawawi.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-18011860259046655592013-03-11T15:19:00.002+08:002013-03-11T15:19:25.533+08:00Seorang Menteri Besar Tanpa Dompet?
KUALA LUMPUR: Selepas melihat sekeping gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik yang hanya menggunakan sampul surat sebagai dompet, seorang ahli parti membuat keputusan untuk membuat satu hadiah istimewa buat Tuan Guru kesayangannya.
Dompet itu dibuat khas untuk TG Nik Aziz oleh orang seorang aktivis PAS untuk Menteri Besar Kelantan itu.
Dompet berlambang bulan logo PAS itu kemudiannya diserahkan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diserahkan kepada TG Nik Aziz.
Menjelang mesyuarat Majlis Syura baru-baru ini, Tuan Ibrahim bersama Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Mohd Salleh menyerahkan dompet itu kepada TG Nik Aziz.
Dompet tersebut dibuat tangan, berwarna hijau dan mempunyai logo PAS.
Nik Aziz berkata beliau hanya pernah membeli dompet dua kali sahaja dalam hidup beliau.
Sekali sebelum bertolak untuk belajar di luar negara berpuluh tahun lalu dan sekali lagi semasa kepulangan beliau dari sana.
TG Nik Aziz belajar di India dan Universiti Al Azhar, Mesir.
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8636636386002633528.post-58979933311131047742013-03-11T09:41:00.001+08:002013-03-11T09:41:28.355+08:00Antara 'Kelemahan' Pak Lah Dan 'Keberanian' Najib
Oleh: Syarhan Humaizi Halim
Ketika artikel ini ditulis, baru sahaja seminit melepasi 8 Mac 2013. Rakyat Malaysia meraikan 5 tahun ulang tahun tsunami politik melanda Malaysia.
Parlimen pun masih belum dibubarkan. Rakyat Malaysia semakin resah, malah pemimpin-pemimpin politik baik di pihak kerajaan atau pun pembanagkang lebih resah menanti tarikh pembubaran parlimen.
Mengimbau 5 tahun lalu ketika tsunami politik 2008 melanda, Malaysia berPerdana Menterikan Abdullah Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah.
Beliau pengganti Mahathir Mohammad yang memegang jawatan PM paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama hampir 30 tahun.
Pak Lah, ketika lantikannya dikenali juga sebagai Mr Clean lantaran perwatakannya yang lemah lembut dan dilihat bersih dari sebarang masalah politik dan salah guna kuasa. Beliau dipilih oleh Mahathir untuk meraih kembali sokongan rakyat lantaran imej 'diktator' yang lekat pada Mahathir semenjak zaman reformasi 1999 dan ternyata strategi ini membuahkan hasil.
Selain itu, beliau juga sebagai seorang tokoh berlatarbelakangkan agama yang amat sukar sekali dicari dalam Umno, malah waris kepada tokoh ulama di Pulau Pinang. Ciri-ciri inilah yang menjadikan rakyat Malaysia terutama orang Melayu, terpesona dengan perwatakan dan latar belakangnya dan melupakan kejahatan dan kezaliman Mahathir sebelum itu.
Sebaik sahaja mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Pak Lah tidak perlu mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi mendapat mandat baru dari rakyat.
Beliau hanya mengambil masa 5 bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen pada 4 Mac 2004 dan seterusnya mandat baru diperoleh pada 21 Mac 2004.
Mandat yang beliau peroleh bukan calang-calang mandat, malah yang terbaik buat Umno dan Barisan Nasional pasca reformasi 1999 dan dalam sejarah Umno dan BN. Ternyata strategi Umno / BN untuk mengalihkan beban imej Mahathir sebagai diktator dengan pengganti barunya Abdullah Ahmad Badawi, berhasil cemerlang, gemilang dan terbilang!
Namun, Pak Lah kemudiannya mula dilihat seorang PM yang lembut dan 'lembik" serta lemah dalam pentadbiran negara, sehingga beliau diserang dari luar dan dalam sebaik sahaja Umno BN gagal meraih 2/3 majoriti parlimen pada 2008. Gambar-gambar beliau yang 'selalu tidur' menjadi bahan jenaka rakyat yang menjadi satu faktor kegagalan beliau untuk mendapat 2/3 majoriti pada 2008.
Namun di dalam kelembutan dan kelembikanya, Pak Lah dengan macho dan berani membubarkan parlimen dalam masa 5 bulan sahaja selepas perlantikannya sebagai PM untuk mendapat mandat baru.
Selepas itu, mandat tersebut digunakan sebaiknya sebelum membubarkan parlimen kira-kira 4 tahun selepas itu yag menyaksikan tsunami politik negara pada 2008.
Disebabkan kegagalannya meraih 2/3 majoriti parlimen dalam sejarah Malaysia, beliau diserang luar dan dalam malah oleh mantan PM, Dr Mahathir.
Tidak perlu lama untuk mengakui kelemahan dan kesilapan, beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan menyerahkannya pada 3 April 2009 kepada Najib Razak, PM Malaysia ke-6.
Najib semenjak zaman mudanya dikenali sebagai seorang yang lantang dan agresif. Ucapan dan pidatonya juga berapi-api, amat jauh sekali dengan Abdullah Badawi.
Dari segi sejarah, Najib pernah menjadi ahli perlimen termuda, timbalan menteri termuda dan menteri besar termuda di Malaysia. Malah beliau antara pemimpin Umno yang mempunyai kepetahan berpidato yang jarang-jarang dimiliki oleh pemimpin Umno lain.
Sedar tidak sedar, hari ini sudah hampir 4 tahun rakyat Malaysia berPerdana Menterikan Najib Razak. 3 April bulan hadapan genap 4 tahun beliau menjadi PM Malaysia ke-6 dan mungkin yang terakhir.
Malah, sedar tidak sedar juga sebenarnya mandat yang diterima oleh Najib hari ini sebenarnya mandat rakyat untuk Pak Lah, bukan untuk Najib. Ya, beliau harus sedar bahawa mandat yang beliau pegang hari ini adalah mandat yang diperoleh oleh Abdullah Badawi pada 8 Mac 2008 dan beliau hanya menumpang mandat Pak Lah.
Selemah-lemah Pak Lah, beliau dengan beraninya membubarkan parlimen dalam masa setahun selepas menerima mandat PM dari Mahathir.
Namun sehebat-hebat Najib, sudah 4 tahun beliau masih menggunakan mandat Pak Lah yang lemah dan masih belum berani membubarkan parlimen.
Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak, Selangor
Pemuda Islamhttp://www.blogger.com/profile/00152978653344356543noreply@blogger.com0