Sabtu, 20 Disember 2008

PENGUMUMAN PENTING!!!

PERHATIAN!!!
KEPADA SEMUA PENGUNDI BAGI KAWASAN PARLIMEN P036 KUALA TERENGGANU DIKALANGAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT(PAS, KEADILAN & DAP), YANG MENETAP DI SABAH SEKARANG, SILA BERHUBUNG DENGAN SEKRETARIAT PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN P036 KUALA TERENGGANU CAWANGAN NEGERI SABAH SECEPAT MUNGKIN!!!.


SEKRETARIAT PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN P036 KUALA TERENGGANU
CAWANGAN SABAH
NO. TEL/FAKS PEJ. : 088-389 515
URUSETIA : 013-874 2232 (SALEH)

Selasa, 16 Disember 2008

AUKU berpunca dari ketakutan Umno

Di pautan ini, saya hanya salin hujah-hujah pembangkang sahaja ketika berbahas mengenai Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan). Tak laratlah nak salin semua. Jika anda mahu membaca apa yang dikatakan oleh menteri dan ahli-ahli Parlimen penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), sila baca hansard Dewan Rakyat.

Saya salin hujah-hujah mereka untuk membolehkan anda membuat penilaian sendiri. Saya sendiri menyokong pendapat orang yang buat AUKU, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan, “Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU”.

Semua orang tahu, Dr Mahathir suka bercakap sinis dan berlapis-lapis maknanya. Jenis cakap sampai lima enam puluh makna. Itu hobi dia. Tetapi, saya nak ambil yang tersurat sahaja.

Mungkin berbangkit persoalan, adakah penuntut kita lebih dewasa dan bertanggungjawab? Ukuran dewasa atau tidak, bertanggungjawab atau tidak, adalah subjektif. Lain orang, lain cara penilaiannya.

Persoalannya, sampai bila Umno dan BN hendak menghina para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai budak-budak yang tidak bertanggungjawab? Adakah para pelajar pusat-pusat pengajian tinggi semuanya budak-budak yang tak bertanggungjawab?

Antara lain, mungkin AUKU berpunca dari ketakutan Umno dan BN hendak bersaing dengan pembangkang di kampus. Sebab itulah calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, “saya tidak takut kalau kita hendak bersaing dengan pembangkang di kampus…”

Saya petik sebahagian ucapannya:

Kita buka untuk semua dan kita compete base on ideas, berdasarkan kepada idea dan biar serahkan kepada mahasiswa untuk pilih siapa dia hendak ikut dan siapa dia hendak bantah. Itulah yang kita hendak melihat kerana ini membukakan minda mereka, menjadikan mahasiswa bukan hanya mahasiswa, bukan hanya academic students tetapi rakyat Malaysia yang terbuka minda mereka untuk buat pilihan. Saya tidak takut kalau terpaksa turun ke padang berdepan dengan sahabat saya daripada Rasah, tahniah kerana baru sahaja menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda DAP, tidak ada demokrasi dalam DAP menang tanpa bertanding tetapi tidak apa kita turun sama-sama dan… [Dewan riuh] Saya bertanding, saya bertanding Pemuda dengan Yang Berhormat Jerlun tidak apa, saya tetap bertanding.

Saya salin juga di sini beberapa petikan menarik perbahasan itu:

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Baguslah itu jaminan maknanya kita boleh tubuh tetapi saya hendak sebut bahawa ini masalah yang dihadapi oleh pelajar. Jangan kata hendak tubuh, saya pergi makan nasi rumah seorang pensyarah universiti buat PhD di sana, pensyarah itu dipanggil balik oleh universiti untuk beri jawapan kenapa Mahfuz Omar pergi rumah kamu.

Saya pergi makan nasi, pergi ziarah dia. Tak akan pergi makan nasi, macam mana kalau saya menikah seorang lagi. Isteri saya belajar buat PhD di UK, sebulan sekali saya pergi, nanti dia tanya pasal apa Mahfuz mai. Maknanya isteri saya jawab, dia mai bukan sahaja setakat mai, tidur dengan saya. Salah…. [Ketawa] Makna kena jawab kepada pihak universiti. Ini saya kata apa punya undang-undang. Jadi saya hendak kata bahawa Yang Berhormat beri jaminan tetapi apa dari segi praktikalnya tidak berlaku begitu. Tekanan kepada pelajar-pelajar di luar negara cukup teruk.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi beberapa alasan yang diberi oleh menteri menyatakan universiti tidak mahu campur tangan parti politik dalam urusan universiti, tidak mahu pelajar dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Saya juga hendak tahu apakah pihak kementerian membuat kajian di mana negara-negara yang top 100 universities dalam Times Higher Education Ranking ini mana universiti yang ada AUKU ala Malaysia ini. Mereka tidak ada, mereka top 100 universities. Umur mengundi di sesetengah negara seperti US dan UK ialah 18 tahun, mereka boleh mengundi, boleh terlibat dalam politik tetapi universiti mereka top 100. Jadi, alasan yang diberi tidak boleh dipakai langsung, tidak boleh diterima.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sekiranya tiada kajian saintifik yang menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan mempertingkatkan daya berfikir mahasiswa, adakah kementerian ada kajian saintifik menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan menjejaskan daya berfikir mahasiswa.

Sekiranya kementerian juga tidak ada kajian saintifik dalam area ini, pada pendapat saya marilah kita membenarkan mahasiswa untuk terlibat dalam politik kerana ini adalah hak asasi mereka. Sekiranya setiap orang selepas mereka mencapai umur 21 tahun mereka boleh terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik, kenapa mahasiswa kita tidak ada kebebasan ini?

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Yang Berhormat Menteri, kalau betul hujah Menteri itu parti politik ini bersifat emosi dan akan mengancam kestabilan masyarakat, lebih baik kita haramkan semua parti politik. Ini kerana kalau betul satu budaya parti politik ini tidak baik untuk pelajar, sudah tentu tidak baik untuk orang yang tak ada pelajaran. Kalau anak-anak kita yang masuk universiti pun akan terpengaruh dengan sifat emosi, sifat yang tidak rasional ini apatah lagi kita membenarkan anak-anak muda yang tak masuk universiti. Mereka boleh menyertai parti politik dan mereka akan bertindak secara waras, tak beremosi, rasional kalau dia tak masuk universiti dan itu logik yang kita hadapi sekarang.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Anak saya dua orang belajar di luar negara, saya tahu sangat isu ini dan saya tahu sangat diskriminasi, malah Timbalan Perdana Menteri pernah pergi ke Indonesia di mana tempat universiti anak saya belajar, dicari anak saya malah orang yang ikut dia, pegawai-pegawai dia mencari dan secara single out daripada ramai-ramai itu dan memberi orang kata, ugutan-ugutan kepada anak saya, kerana dia anak saya, semata-mata kerana dia anak Dr. Lo’Lo’. Jadi saya kira ini adalah satu sikap yang boleh diteruskan sebab saya kata, yang mendapat political mileage adalah kami di pihak pembangkang.


Presiden Bush di baling kasut !!!


 Semasa membuat press conference dalam lawatan akhirnya ke Iraq , Bush telah di baling kasut oleh seorang pemberita yang marah dengan nya. Bukan satu kasut tetapi dua kasut yang menghala ke muka George Bush .

Peristiwa itu telah mengemparkan semua yang ada di situ dan Presiden Bush cuba menganggap perkara itu biasa saja. Saiz kasut yang di baling kemungkinan saiz 10.

Sila ke laman web al muslimin untuk melihat videonya.

Perutusan Pesuruhjaya PAS Sabah Sempena Aidil Adha


Assalamualaikum wbt
Saya mewakili saf kepimpinan PAS Negeri Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya penduduk negeri Sabah.Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s beserta anaknya Nabi Ismail a.s dalam meneruskan perjuangan membela agama. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban yang mengingatkan kita kenangan ribuan tahun bagaimana Nabi Ibrahim a.s, menunjukkan kepatuhan,ketaatan, pengorbanan dan kesabaran dalam menerima perintah Allah s.w.t. Atas nama sunah ini maka seluruh umat Islam di pelusuk dunia bagi yang berkemampuan telah menyembelih binatang ternakan sebagai tanda mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim a.s. Kisah Nabi Ibrahim a.s baik ketika meninggalkan anak kecil dan isteri muda yang lelah di tengah padang pasir juga ketika menerima perintah Allah menyembelih anak kesayangannya, sudah diketahui dari kitab-kitab, tuan-tuan guru dan ceramah-ceramah malah dalam Al-Quran sendiri. Kesemua kisah itu dapat kita simpulkan kepada tiga;Pertama, asasnya adalah ketaatan yang kental kepada Allah s.w.t.Kedua, ‘Millah’ Ibrahim ialah Allah akan memberi hidayah kepadanya kerana semata-mata mentaati Allah.Ketiga ialah keikhlasan dalam amalan.Allah tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas dan semata-mata ditujukan kepada-Nya. Oleh sebab itu, penghayatan yang mendalam atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s wajar dicerna dalam segenap ruang hidup kita.Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar sentiasa membiasakan diri untuk mengamalkan sikap suka berkorban sepanjang masa dari segi wang, tenaga, masa, dan buah fikiran untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Allahu akbar ! Allahu akbar ! Allahu akbar !

Sabtu, 6 Disember 2008

KHUTBAH AIDUL ADHA 1429H


Khutbah Aidul Adha boleh di dapati di laman www.ulama.pas.org.my

Sila semak dan sesuaikan dgn waqi tempatan.


Dengan Ini:

Seluruh Kepimpinan dan Ahli

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Mengucapkan Selamat Menyambut Aidul Adha 1429H

kepada seluruh Umat Islam di Negeri Sabah,

Malaysia dan Seluruh Dunia


"Kullu Ammun Wa Antum Bi Khair"




Piliharaya Kecil P.36 Kuala Terengganu




Hari Penamaan Calon : 6 Januari 2009
Hari Pengundian : 17 Januari 2009

Sumber :Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar






Khamis, 4 Disember 2008

Laman Blog Jabatan PASTI Negeri Sabah



Kepada semua pengurus-pengurus PASTI di seluruh Negeri Sabah:

Semua urusan rasmi pengurusan dan penyebaran maklumat Jabatan Pasti Negeri Sabah mulai tahun 2009 akan menggunakan blog ini

http//:jpastisabah.blogspot.com

Sekian, Harap Maklum
SU Kerja PASTI Negeri Sabah




TAMRIN PEMUDA 08/09








Kepada:
1. Exco DPPNS
2. Pengarah Jabatan DPPNS
3. Ketua Pemuda DPP Kawasan


Maklumat tamrin tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 - 29 Disember (Sabtu - Isnin)
Tempat : sila rujuk pejabat sekretariat DPPNS

-Kertas Kerja Program, Tentatif, Surat Jemputan boleh di dapati di email pemuda; dppns@hotmail.com

- sila siapkan laporan aktiviti dan program sepanjang tahun 2008

Mohon untuk disebarkan kpd yg terlibat dan Sila ambil tindakan kerana kehadiran adalah WAJIB

t.t
su dppns
 
back to top