Rabu, 12 November 2008

Perancangan Aktiviti Unit Amal sempena sambutan Raya Qurban!!

Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang ini, unit amal akan menjalankan misi dakwah ke kampung-kampung yang sudah di singgahi sebelum ini untuk bersama-sama masyarakat kampung menyambut raya Qurban. Antara kampung yang di pilih untuk program kali ini adalah Kampung Luanti Baru, Kampung Tampios dan Kampung Rukom Laut, Pitas. Aktiviti akan di sertai Ustaz Akhwan Afandi daripada Unit Amal pusat bersama 5 orang muslimin dan 2 orang muslimah dari Unit Amal Pusat. Dan juga di sertai beberapa anggota Unit Amal Sabah dan sekretariat Dewan Pemuda Sabah. Aktiviti akan berjalan selama 10 hari bermula 4 Disember hingga 13 Disember. Pada 4 Disember, Anggota Unit Amal akan bergerak ke Kampung Luanti Baru dan Bermalam di sana selama 3 hari (4-6). Seterusnya pada 7 hari bulan anggota Unit Amal akan bergerak ke Kampung Tampios untuk destinasi seterusnya. Berada di sana sehingga 10 Disember. Qurban akan di lakukan di sana sebanyak 4 ekor lembu (dalam jangkaan). Daging Qurban akan di agih-agihkan kepada penduduk Kampung yang beragama Islam. Kemudian pada 11 Disember pula anggota Unit Amal akan bergerak ke Kampung Rukom Laut sebagai destinasi yang terakhir. Akan berada di sana sehingga 13 Disember.

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top