Selasa, 11 November 2008

Bengkel IT

Zaman semakin maju.. dan kini telah di gelar zaman IT.. Sebagai pendakwah di zaman ini kena bijak dalam ilmu IT agar tidak kalah dengan dakyah musuh-musuh islam. Penyebaran maklumat melalui internet agak pantas sehingga sampai ke seluruh pelusuk dunia.. Walaupun kita duduk di Sabah Malaysia ini, hanya dengan menggunakan hujung jari kita dapat mengetahui hal-hal di bahagian lain bumi ini. Kita dapat sampai ke angkasa lepas dan sebagainya. Hanya dengan menggunakan hujung jari. Jadi oleh itu, Cikgu Anuar Ali menegaskan bahawa pemuda mesti mempelajari menggunakan IT dan mendalaminya untuk di jadikan sebagai medium bagi menyebarkan Islam. Bengkel IT di adakan pada 9 Nov 2008 di pejabat pemuda pada pukul 8.00pm. Dengan rela hatinya, dua exco pemuda bahagian IT dari Dewan PAS Pusat dengan rela hati hadir ke Sabah untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang tersebut. Abang Hanafiah menerangkan bagaimana suatu laman boleh 'laku di pasaran' dengan amat mendalam. Selepas bengkel tersebut, perbincangan ringkas bersama Pemuda daripada Pusat di adakan sebagai peringatan dan nasihat kepada pemuda sabah untuk memajukan lagi usaha dakwah di sabah ini.

Wallahualam.

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top