Isnin, 10 November 2008

Konvokesyen PASTI Kota Kinabalu!!


Seperti yang telah di janjikan, pada 9 November 2008 bersamaan dengan hari Ahad di dewan Sa'adah wisma MUIS Kota Kinabalu, konvokesyen PASTI untuk sesi 2008 terlaksana dengan di rasmikan oleh Ustaz Arifin Deraman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Majlis berjalan dengan lancar dari mula hingga akhirnya. Di meriakan lagi dengan kenakalan budak-budak yang agak ramai. Juga kehadiran ibu bapa untuk mengawal karenah anak-anak mereka. Majlis juga di hiburkan dengan pertunjukan nanyian dan sesi bercerita budak-budak PASTI. Di bahagian luar pula terdapat gerai-gerai jualan daripada Aslam niaga dan lainnya. Juga di promosikan keahlian PAS siap dengan borangnya sekali.


Pertunjukan kanak-kanak riang.

Suasana di luar dewan.

Tengok budak-budak!!!

Ramainyeee..


Moga Islam Akan Terus Berkembang di bumi Sabah ini. Takbir!!!

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top