Kekurangan kesedaran orang Melayu yang masih menyokong Umno itu
sebenarnya diperkuatkan oleh kegagalan pembangkang juga. Malahan
pembangkang sebenarnya yang menambah kelemahan dan sikap tidak mahu
berubah orang Melayu, khususnya ahli-ahli Umno, yang dianggap
pembangkang sebagai bebal itu.
Itu sebabnya saya tidak pernah menggunakan istilah kasar-kasar terhadap
Umno walaupun selemah mana pun pemikiran pemimpin mereka kerana mereka
juga tidak mahu terjebak dalam situasi keluar daripada "mulut buaya
tercampak pula dalam mulut naga". Isu yang membuatkan pembangkang
mendapat kerusi kemenangannya itu bukannya sokongan terhadap parti
pembangkang itu 100%.
Mereka mengundi pembangkang kerana rasa marah dan geram mereka terhadap
Umno itu. Setelah pilihan raya berlalu ramai yang saya temui melalui
perjumpaan-perjumpaan kecil yang mereka marah dengan Umno tetapi
bolehkah pembangkang menyejukkan jiwa mereka? Saya telah menyebut
tentang kekuatan persepsi terhadap sesuatu pertubuhan atau kumpulan itu
adalah terletak kepada manusia yang memimpinnya.
Pembangkang masih tidak mempunyai pemimpin yang sebenarnya “viable”
untuk dijadikan pemimpin utamanya. Pembangkang sekadar mempunyai
pemimpin yang boleh menggerakkan untuk mengumpulkan manusia yang tidak
berpuas hati terhadap kepimpinan yang menyandang kuasa kerajaan
semata-mata.
Rakyat tidak mahu seorang pemimpin utama yang masih menjadi persoalan
dalam hal peribadinya kerana kekurangan dalam imej dan persoalan
peribadi merupakan persoalan yang utama dalam memilih pemimpin utama
kerajaan. Rakyat sedang berada dalam keadaan serba salah. Itu sebab
mereka terpaksa juga mengekalkan kepimpinan yang mereka tidak suka untuk
memastikan peralihan kepada pihak lain itu tidak menjadi pilihan yang
silap lagi.
Pihak pembangkang juga tidak menunjukkan kesatuan yang erat di antara
pemimpin utamanya dan semakin hari semakin jelas Anwar tidak mempunyai
kemampuan untuk memberikan keyakinan untuk menjadi pimpinan alternatif.
Keadaan ini tidak menampakkan penambahbaikan dan jika ditimbang-timbang
kerajaan tetap berada di tangan Umno lagi di dalam pilihan raya akan
datang.
DAP adalah parti yang sudah sampai ke peringkat “saturation” dan parti
itu sudah memenangi semua kerusi yang sepatutnya dimenanginya. Parti ini
sudah sampai ke tahap optima dan graf kemajuannya tidak mudah untuk
menunjukkan kenaikan selain penurunan selepas ini. Sokongan orang Melayu
terhadap parti itu tidak mungkin menaik lagi dan pilihan raya yang
lepas merupakan sokongan Melayu tertinggi kerana keadaaan Umno dan BN
yang sedang dalam ketenatan semasa itu.
Lagi pun DAP mempunyai masalah dalaman dan kesahihan serta “legitimacy”
barisan kepimpinan parti itu masih belum jelas selagi pendaftar
pertubuhan belum lagi menentukannya. Sedikit kuasa yang mereka rasai di
Pulau Pinang telah menunjukkan sikap parti itu sebenarnya dan sikap itu
tidaklah seperti yang mereka laungkan selama 46 tahun lalu.
Ramai berpendapat, termasuk dikalangan rakan-rakan kaum Cina saya
berkata, “DAP has tasted a bit of blood, and the party does not show
much difference than PKR and UMNO. I think some Chinese are going back
to MCA and some of the Malays’ support is back to BN. If they remain
against UMNO, they have only one choice i.e to support only PAS.”
Bagi saya DAP tetap parti kaum Cina dan ramai tidak menerima parti itu
sebagai parti “multiracial” seperti yang mereka laungkan. Pelbagai cara
ramai orang Melayu untuk memujuk hati untuik mengatakan parti itu
sebuah parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak nampak sebarang
“attribute” sebagai apa yang terkandung dalam perlembagaan parti itu.
Semalam semasa saya bertemu dengan 30 orang yang memanggil saya untuk
memberikan pandangan kepada kumpulan sebuah taman perumahan, ada dua
orang yang bangun berkata, “How can DAP rests its laurel on one Malay
Law-Maker and claims to be multiracial? It’s too deceiving man..” Saya
tidak dapat menjawab soalan itu. Saya bersetuju dengan seorang lagi yang
hadir yang berpendapat, “DAP should remain as an opposition party as
the party is doing splendid job as an opposition. Just give what is best
for them.”
Situasi paparan saya ini adalah penyebab yang menjadikan Umno itu masih
tidak dapat ditolak oleh kebanyakkan orang Melayu dan ia tetap akan
menjadi begini selagi pembangkang tidak memperbaiki diri dan jujur dalam
perjuangan dan niatnya untuk negara.
Permainan “kong kalikong” diantara parti-parti dalam PR itu tidak akan
membawa mereka kemana-mana. Mungkin PAS boleh memperbaiki keadaannya
dengan mudah jika parti itu melakukan tindakan yang pernah mereka lalui,
iaitu mula bercakap dengan parti lain atau individu-individu penting
dalam negara ini. Ini adalah untuk masa depan manusia dan bangsa yang
mereka perjuangkan dengan benar-benar melaksanakan perjuangan Islam
untuk kepentingan semua bangsa itu.
Yang penting untuk mendapatkan pemimpin yang merupakan individu yang
boleh diharapkan untuk mendapatkan sebuah negara yang bebas dari elemen
hina seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa keterlaluan, serta pemimpin
yang tahu asas keagamaannya.
Perjuangan ini wajar dilakukan oleh semua pihak kerana negara kita
kekal, yang tidak kekal itu kita kerana semua diantara kita akan kembali
ke asal dan Pencipta kita. Negara kita yang kekal ini wajar diberikan
jaminan yang ia berada dalam keadaan yang menyamankan bagi generasi yang
akan datang untuk hidup semasa kita semua sudah tiada.
Malahan jika usaha dan perjuangan ini timbul daripada naruni yang
bersih kita juga boleh membawa bersama bekalan untuk kita sendiri di
alam lain yang kekal nanti.
Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com
Sila Tinggalkan Pesan, K!
Catat Ulasan