Selasa, 25 Ogos 2009

PAS SUDAH MULA BERAKAR DI SABAH?

Dipetik dari Sabahkini
 
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

PARTI PAS sudah mulai popular namanya di mulut rakyat Sabah terutama sekali Bumiputera Islam. Nama Parti PAS disebut-sebut di merata tempat kampung Bumiputera Islam. Di kedai-kedai kopi Bumiputera Islam bercerita semasa sendiri, kerana kata mereka, di masa lalu Bumiputera Islam Sabah tidak serasi dengan perjuangan PAS kerana pada ketika itu ada sebuah pertubuhan politik yang mewakili Bumiputera Islam iaitu USNO di bawah pimpinan Tun Datuk Mustapha Bin Datuk Harun.

Namun memandangkan USNO sudah tidak wujud lagi dalam arus politik perdana, maka PAS mula menusuk kalbu rakyat Sabah yang mula menerima PAS sebagai penerus kesinambungan perjuangan UMNO. Pada mulanya PAS sangat digeruni oleh bukan Islam kerana PAS ditohmah akan mengganggu-gugatkan agama lain di Sabah.


Sebenar PAS cuma bergiat dalam kebajikan dan politik serta menjaga hokum-hakam Islam kepada orang Islam sahaja dengan tidak mengganggu-gugat agama lain di Sabah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak agama agama lain juga terpelihara dalam Negara Malaysia.

PAS bukan berperanan seperti Majlis Ugama Islam Sabah atau Pertubuhan USIA. Majlis Ugama Islam Sabah di bawah kerajaan UMNO/BN Sabah dan USIA anggota-anggotanya majoriti daripada Parti UMNO Sabah. Peranan PAS menjaga hukum hakam Islam dan memperjuangkan Islam dalam politik agar ia sejajar dengan kehendak Allah swt.

Pendekatan PAS kepada seluruh rakyat Bumiputera Islam Sabah hendaklah dimulakan dari sekarang melawat ke kampung-kampung untuk membuka Cawangan dan Bahagian PAS Negeri Sabah. Yang penting sekali, mereka harus menerangkan dengan terperinci halatuju PAS di setiap pelusuk kampung Bumiputera Islam di Sabah.

Sebagai langkah pertama, PAS Sabah sewajarnya melantik 10 orang Jawatankuasa Ahli-Ahli Fikir (Think Thank) di Sabah terdiri dari para cendikiawan untuk merangka strategi mendekati Bumiputera Islam Sabah. Ahli-Ahli Fikir mesti menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan jangka pendek yang rapi dan teratur untuk mendekati individu secara peribadi sehingga dapat PAS menubuhkan cawangan di tempat-tempat yang menjadi sasaran operasi.

Cawangan PAS yang diwujudkan juga sewajarnya mempunyai 10 orang Jawatankuasa Ahli-Ahli Fikir untuk merangka penubuhan Bahagian PAS di kawasan tersebut dan menjalankan gerak kerja penganjuran acara kemasyarakatan dan keagamaan melalui perbincangan dari hati ke hati dengan penduduk kampung.
PAS Sabah juga mesti aktif menganjurkan perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Sabah agar Pakatan Rakyat Sabah dapat menganjurkan satu perhimpunan raksaksa yang akan dihadiri oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat dari Semenanjung.

SEKRITARIAT..... Sekritariat Pemuda Pakatan Rakyat akan merintis kerusi di Sabah pada pilihanraya akan datang. Dari kiri Teddy Yang, Razak Jamil dan Lahirul Latigu bersama logo parti masing-masing.

Kesungguhan gerakan Pemuda Pas Sabah harus dipuji apabila telah berjaya menubuhkan Sekritariat Pemuda Pakatan Rakyat Sabah yang akan menjalankan aktiviti secara bersama dan menjalinkan kerjasama bestari dengan jentera Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi.

Kesungguhan tenaga muda yang dipacu Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu menunjukkan PAS mula diterima generasi muda yang berpendidikan agama dan professional bumiputera sehingga pandangan serong rakyat Sabah terhadap PAS mula lekang dan kejayaan terserlah melalui semua aktiviti yang dianjurkan di kawasan pedalaman mendapat sambutan masyarakat setempat daripada pelbagai jurai keturunan dan agama.

1 Pesan Ditinggalkan :

Anonymous berkata...

mana carta organisasi pas sabah. mau kenal jugak bah pemimpinnya.

Catat Ulasan

 
back to top