Jumaat, 10 April 2009

Muktamar Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar

Sumber dari: http://islamreturn.blogspot.com

10hb April (Jumaat).
Mesyuarat Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar kali ke-3 telah diadakan dengan dihadiri oleh kira-kira 30 orang anggota pemuda. Untuk makluman, DPP Sepanggar sebenar telah lama ditubuhkan iaitu sejak dari tahun 2004 lagi. Namun begitu, ianya sekadar jawatankuasa penaja, ini adalah kerana PAS Kawasan Sepanggar masih belum diwujudkan lagi. Hari ini juga tercatat satu lagi sejarah PAS Sabah, kerana pada hari ini juga telah dilancarkan penubuhan PAS kawasan Sepanggar, maka dengan secara langsungnya DPP Sepanggar secara rasmi akan bergerak sebagai Dewan Pemuda PAS kawasan secara sah.

Muktamar kali ini juga telah mempelihatkan rombakan ahli jawatan kuasa pemuda PAS kawasan Sepanggar. Ketua Pemuda baru telah dilantik bagi menggantikan Ust. Hafiz yang telah dinaikkan ke AJK kawasan manakala Sdr Abu Mansur telah dilantik sebagai Ketua Pemuda. Muktamar juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Ust. Hafiz dan kepimpinan lama yang telah lama menerajui DPP Sepanggar sehinggalah tertubuhnya DPP Sepanggar secara rasmi. Semoga seluruh jawatan kuasa lama terus beristiqamah di dalam menggerakan jentera jamaah ke arah penubuhan Khilafah Islamiyyah yang sama-sama kita impikan.

Setelah selesai muktamar DPP Sepanggar, majlis diteruskan dengan pengumuman penubuhan PAS kawasan dan Dewan Muslimat kawasan Sepanggar oleh Ust. Anuar. PAS kawasan Sepanggar akan diterajui oleh Ust Abu Aysraf sebagai YDP kawasan pertama. Pada majlis tersebut juga, penyampaikan sijil keahlian PAS oleh Ust Abu Aysraf kepada ahli-ahli baru disampaikan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust Hafiz. Allahuakbar!!

Sila Tinggalkan Pesan, K!

Catat Ulasan

 
back to top