Jumaat, 9 Januari 2009

Kenyataan Media DPP Sabah: Mengarahkan mengadakan solat hajat berterusan.


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang ternyata biadap dengan melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza walaupun mendapat kecaman antarabangsa. Serangan ini membuktikan bahawa Israel merupakan pengganas yang sebenar, kerana melancarkan keganasan tanpa mengambil kira faktor kemanusiaan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah merakamkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa penduduk Palestin dan menggesa agar umat Islam menunaikan solat hajat secara berterusan.

Sehubungan dengan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut menggesa kepada para penyokong PAS memohon doa dan munajat agar diberi kemenangan kepada calon PAS. Solat hajat ini diminta agar dilakukan berterusan sehingga hari pengundian iaitu 17hb Januari ini.

Sdr Anuar Ali
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

1 Pesan Ditinggalkan :

Suara Gunung berkata...

Kemenangan calon PAS bukan untuk kemenangan individunya.......
Bukan juga semata kemenangan untuk PAS..........
Tapi kemenangan PAS pada Pilihanraya Kali ini adalah Kemenangan untuk Pakatan Rakyat.......
Kemenangan bagi rakyat Malaysia khasnya.Seluruhnya dari Sabah sampai ke Perlis Untuk terus bangkit dari penindasan kerajaan yang sedia ada(Minyak naik!Barang Naik!Ekonomi tak stabil!yang miskin terus miskin!yang kaya terus kaauuuuut keuntungan tanpa hiraukan yang miskin!!!!!)....

Ayuh lakukan perubahan. Anda mampu mengubahnya....

TAKBIRRRRR!!!!!!!!

Catat Ulasan

 
back to top